“Belum Tentu Lagi Saya Akan Jumpa Sama Macam Dia…”- Aliff Aziz Menangis

Belum reda lagi dengan kes penceraian mereka, kini dikejutkan lagi apabila tularnya gambar dan video seorang penyanyi lagu berjudul Sayang Sayang iaitu Aliff Aziz di mana bahagian belakang badannya dipenuhi lukisan seperti tatu. Bukan itu sahaja, video ‘khayal’ yang dianggap seperti mabuk turut hangat diperkatakan sehingga menjadi bualan netizen.

Image result for aliff aziz

Sumber: sabahpost

Sudah terhantuk baru terngadah pepatah melayu ini adalah kata-kata yang boleh dikiaskan tentang apa yang difikirkan oleh netizen sekarang mengenai kes tersebut. Sebelum ianya terus menjadi persoalan dan tanda tanya, Aliff tampil membuat pengakuan dan memberi penjelasan yang sebenar. Dia juga turut mengambil kesempatan untuk memberi ucapan buat bekas isterinya iaitu Bella Astillah.

Dek kerana perasaan rindu yang membuak, Aliff telah memuat naik gambar anaknya di laman Instagram beberapa hari yang lalu.

“Jujur saya cakap, saya sangat rindu dengan anak saya Ayden Adrean, iyalah mesti orang kata bila dah rasa kehilangan Tuhan akan tarik nikmat tu. Cuma satu je saya nak cakap, saya sepatutnya tunjuk contoh sebagai suami yang baik daripada dulu,” ujarnya ketika ditemubual menerusi radio Hot FM.

Walaupun sudah terpalit dengan kontroversi dan masalah rumahtangga, lelaki yang berusia 28 tahun itu masih yakin dan menganggap dirinya layak diberi peluang sekali lagi atas kekhilafan apa yang dilakukannya sebelum ini. Hampir sebulan lebih berpisah, Aliff dilihat masih lagi memuat naik gambar perkahwinannya bersama Bella.

View this post on Instagram

09.09.2016 One of the most magical days of my life where Allah blessed me with such an amazing woman to share my life with. Through all the years of happiness and sadness, ups and downs, she had been there for me. If i could turn back the hands of time, there are many things i would have done better and differently. I would have given my best that i could have ever gave. But this is an example of when you take Allah’s blessings for granted, time and again, when the time comes and He shows you what you brought upon yourself, then only you realize what you have done. And as human beings, myself included we turn to Allah when our world gets shaken and when we face trials and tribulations and when we lose some or all that we have. But this is a calling from Him for me to realize how far i have been from the right path. To @bellaastillah , you have always given your best since the day i met you for the first time. You have always been there for me at my highest and lowest phases in life. I pray to Allah you will always be blessed with great blessings for you are special. Thank you for giving birth to such an amazing handsome smart boy @aydenadrean17 sebagai tanda cinta kita. I need to amend my relationship with Allah. For He is the best of planners and the one that can turn hearts over. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi. I know this post will get different opinions but this is just words from my heart that i wanted to share. I may have not been the best for you before, but insyaallahuta’la if Allah wills for us to together again, may He wills for me to show the best husband and father in me that i could ever be. Jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Whatever people may perceive or say, only you know me for who i am. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya. Both you and Ayden. I may be perceived in many ways. But we are all human beings that will fault with our own choices in life. Saya hanya minta doa yang baik-baik sahaja dari semua. Semoga dengan doa baik itu, Allah limpahkan kebaikan untuk semua. Amin yra. ✨

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

“Sekarang mungkin terlambat mungkin tidak, sebab jodoh dekat tangan tuhan. Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain, belum tentu lagi saya akan jumpa wanita macam dia. Jadi saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dalam fasa susah dan senang, jatuh dan naik dia sentiasa ada..”, tambah Aliff.

Seperti yang dikatakan oleh bekas isterinya, Aliff kini sedang kemurungan dan dia sangat memerlukan bantuan, jadi Donna berharap agar keluarga dan rakan-rakannya dapat memberi dia semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.

 

Artikel berkaitan:

Bella Astillah Mengadu Aliff Curang Lagi. IG Alif Satar Pula Yang Diserbu Netizen

Bella Astilah ‘Backup’ Aliff Aziz, Apa Dah Jadi Ni?

“Tak Semua Lelaki Curang..” – Raihan

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna