Belum Cukup Bulan Bajet Dah Lari, Macam Mana Ni?

Pernah tak anda rasa gaji yang anda perolehi sentiasa tidak cukup? Hakikatnya, taraf kehidupan yang semakin meningkat membuatkan setiap pasangan dalam rumahtangga terpaksa bekerja demi melaksanakan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan anak-anak. Mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka sukar untuk menyimpan wang kerana gaji kecil dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan yang lain.

Punca utama duit anda selalu ‘bocor’ kerana anda tidak rekod segala perbelanjaan. Waktu shopping memang la seronok tapi selepas tu ada tak yang duduk termenung fikirkan dimana duit anda pergi. Haa jangan sampai macam tu! Anda kena tahu dengan adanya rekod perbelanjaan ia akan memudahkan anda melihat di mana keluar masuk duit supaya tidak melakukan kesilapan yang sama lagi. Nak lagi mudah muat turun je aplikasi untuk savings dekat telefon kan mudah.

Image result for shopping

Sumber: monaco

Jiran sebelah tukar langsir baru, anda pun sibuk nak tukar yang baru juga. Ingat berbelanja jangan melebihi daripada kemampuan. Tak salah untuk membeli jika bertujuan ‘self reward’ tapi jangan sampai hari-hari bagi hadiah dekat diri sendiri. Bahagikan duit gaji anda kepada beberapa bahagian, mungkin anda menganggap ia sesuatu perkara yang remeh tapi dengan cara tersebut ia dapat membantu anda untuk berbelanja dengan bijak.

Related image

Sumber: theonion

Tambah ilmu dengan membaca artikel atau buku ilmu pengurusan kewangan bagi memudahkan anda untuk mengurus gaji dengan baik sehingga hujung bulan. Bunyinya agak cliche, tapi jika anda sudah mempunyai ilmu tersebut ia akan memberi manfaat bagaimana untuk mengendali hutang, pinjaman dan perbelanjaan anda dan keluarga. Eh, dengar cerita Guardian ada buat tawaran hebat buat anda semua. Jom lihat!

Kalau nak tahu tip rancang bajet untuk bercuti, baca ini:

Kurang Bajet Tapi Nak Bercuti? Tak Jadi Masalah Kalau Ikut Tip Ni

 

 

 

 

Sumber: loanstreet

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna