Beli Beg Tangan Jangan Tangkap Muat Je

Anda mungkin melihat beg yang dipakai rakan sangat menarik, tetapi ia mungkin tidak sesuai dengan anda kerana faktor tubuh yang berbeza bagi setiap individu.”

Beg tangan sangat memainkan peranan penting pada penampilan setiap wanita. Namun, ingat jangan membazir membeli mengikut kehendak dan keinginan tanpa mengambil kira bentuk badan. Jika silap gaya penampilan anda tidak menonjol biarpun mengenakan tas tangan berjenama mewah dan mahal.

Kebanyakan wanita hanya sekadar memilih tas tangan kegemaran mereka berdasarkan rupa dan jenama tanpa mengambil kira faktor bentuk badan sendiri. Atau anda mungkin melihat beg yang dipakai rakan sangat menarik, tetapi ia mungkin tidak sesuai dengan anda kerana faktor tubuh yang berbeza bagi setiap individu. Ini tip yang boleh anda guna pakai sebelum memilih tas tangan iaitu mengikut jenis bentuk tubuh. Untuk lelaki jika ingin menghadiahkan sebuah beg tangan kepada wanita istimewa dalam hidup anda, guna pakai nota ini.

Bertubuh Langsing 

Sumber Foto: Google Image

Bentuk tubuh jenis ini memang sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping. Wanita berbentuk badan begini sangat beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg. Tetapi anda tidak perlu terlalu yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.

 

Kurus & Tinggi

Sumber Foto: purseblog.com

Sumber Foto: Google Image

Untuk individu yang bertubuh kurus dan tinggi, beli beg tangan jenis hobo iaitu bertali pendek dan lebar. Selain itu, jenis tote juga sesuai untuk menyerlahkan penampilan wanita kurus dan tinggi. Jika ada sebarang majlis makan malam, anda yang bertubuh sebegini boleh menggunakan beg atau tas tangan jenis genggam. Ia pasti tidak mengecewakan.

Bertubuh Besar/ Gempal

Sumber Foto: plusizer.com

Gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit yang sedikit besar supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda. Beg tangan yang talinya panjang sedikit sesuai untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh. Ia juga dapat menutup kekurangan bahagian atas yang besar dari yang bawah.  Anda juga boleh memilih beg yang berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan ilusi tubuh anda lebih kecil dari kebiasaannya.

Bertubuh Kecil/ Petite

Sumber: tracara.com

Kalau badan anda bersaiz petite atau kecil, beg yang besar memang tidak sesuai untuk anda tau kerana saiz beg sebegitu akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil. Dapatkan beg jenis lebar atau jenis genggam, ia sangat sesuai digayakan dengan tubuh yang genit.  Hati-hati jika ingin gayakan beg sandang di bahu. Pastikan tali di bahu tidak panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih bantut dan tak seimbang.

‘A’ shape / Bentuk Buah Pear

Sumber Foto: Google Image

Beg jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh. Jika anda mempunyai badan berbentuk pear, nescaya pinggul anda pasti sedikit melebar berbanding bahagian dada. Oleh itu beg jenis ini akan menyebabkan orang kurang memberi perhatian terhadap pinggul anda yang lebar.

 

 

 

 

Sumber: toodia.my

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna