Belanjawan 2020: 20 Juta Lagi Untuk i-Suri Bela Nasib Suri Rumah

Kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini, berkata program itu akan ditambah baik bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.

Yang sebenarnya i-Suri ni bukanlah sesuatu yang baru kerana ia sudah diperkenal pada 15 Ogos tahun lalu. Ia adalah bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Lim berkata, KWSP juga akan memperluaskan perlindungan kepada pekerja kontrak di bawah kontrak untuk perkhidmatan dan profesional.

“Sebagai permulaan, skim ini akan dijalankan secara sukarela bagi pekerja dalam industri seni dan hiburan melalui kerjasama antara KWSP dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum diperluas ke sektor lain,” katanya.

Beliau berkata, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) oleh Perkeso juga akan diperluas bagi membolehkan 18 kumpulan yang bekerja sendiri seperti nelayan, petani, pemilik tunggal dan perkongsian mencarum dalam skim itu mulai tahun depan.

SKSPS diwujudkan pada Jun 2017 untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri dan sebagai permulaan skim itu diwajibkan ke atas pemandu teksi, e-hailing (perkhidmatan pengangkutan penumpang) dan pemandu bas.

Tambahnya, Perkeso juga akan membina sebuah pusat rehabilitasi baharu dengan kos RM500 juta di Perak selepas kejayaan Pusat Rehabilitasi Perkeso di Melaka.

“Pusat baharu ini akan dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk robotik, rawatan trauma dan pusat kecemerlangan bagi mencegah kemalangan dengan kerjasama agensi berkaitan,” katanya.

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna