Belajar Melalui Video Pornografi, Boleh Di Terima Pakai Atau Tidak?

Tidak dapat dinafikan, majoriti antara kita mempelajari tentang seks melalui video porn, komik, atau filem yang tak di tapis pada babak diranjang.  Malah, menurut pemerhatian seorang pengkaji di Amerika, berjuta masyarakat di sana mengakui mereka mempelajari seks melalui medium tontonan video pornografi. Tapi, jika dilihat semula kesan menonton pornografi, banyak sebenarnya kesan negatif.

Sumber: LS

Antaranya kesan negatif adalah timbul masalah jenayah seperti kes rogol, pergaulan bebas, kelahiran anak luar nikah dan kes berat yang lain-lain. Lihat sajalah keratan akhbar di Malaysia di bawah yang menunjukkan kes rogol semakin di tahap yang membahayakan.

Sumber: keratan BH

Menurut kenyataan dalam jurnal Pengajaran Elemen Pendidikan Seks Dalam Pendidikan Islam, kontroversi masalah seksualiti sudah pun dibincangkan namun masih lagi belum dapat diselesaikan kerana kebanyakkan berpendapat bahawa isu seks yang akan dibincangkan di sekolah akan memberi kesan lebih buruk kepada generasi.

Untuk mengetahui sama ada pembelajaran seks ini penting atau tidak, anda boleh klik saja di sini untuk dengarkan Podcast Ais Kacang bersama dua orang doktor dalam Sexpert bertajuk Let’s Be Sexually Educated!

Sumber: Jurnal Pengajaran Elemen Pendidikan Seks Dalam Pendidikan Islam

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna