Bela Si Manja Memang Best, Tapi Apa Nak Buat Kalau Rumah Bau Kencing Kucing?

“Alahai baru je tukar cadar katil, bertuah betul lah si comot nih ada ke kencing atas ni dah la bau kuat ish stressnya!”

Haa apa yang bising-bising tu, biasalah bela si manja ni memang seronok tapi bila ada ragamnya yang tak menentu boleh tension dibuatnya. Donna faham kadangkala bagi anda yang mempunyai kucing di rumah pasti akan mengalami masalah seperti di atas bukan setakat lantai, dinding pun dia boleh pancut.

Nak marah tak boleh, mesti anda geramkan… Bagi yang belum tahu, menurut laman web PetMD air kencing kucing adalah sebagai cara mereka untuk tanda kawasan selain menarik perhatian kucing betina. Haa, sebab tulah bau pun kuat, tapi jangan risau anda boleh ikut petua di bawah untuk menghilangkannya dengan mudah.

Image result for cat at home

Sumber : tuxedo

Serap Guna Tisu

Bagi yang tidak mahu membazir anda boleh menggunakan kain yang tidak dipakai untuk tekap pada permukaan yang terkena pada kencing kucing. Pastikan anda serap air kencing terlebih dahulu sebelum anda membasuh atau gosok menggunakan sabun. Ini kerana untuk mengelakkan air kencing tersebut merebak dan menyebabkan ia bertambah sukar untuk dihilangkan.

Cuka

Bahan yang paling berkesan di rumah untuk hilangkan bau kencing kucing adalah cuka. Caranya mudah sahaja, campurkan air suam dan cuka ke dalam botol spray. Biarkan ia sekejap dan bilas sehingga bersih.

Serbuk Kopi Atau Bedak Talkum

Selain serbuk kopi anda juga boleh menggunakan bedak talkum untuk diletakkan pada kawasan atau barang yang terkena seperti kasut atau dalam kereta.

Image result for salt and lemon

Sumber: filipino

Garam Dan Lemon

Nak cuba buat pencuci terbaik untuk di rumah, haa jawapanya garam dan lemon. Lemon adalah bahan yang mempunyai sifat asid  untuk menanggalkan kesan bau yang kuat. Selepas dicuci, anda boleh semburkan lagi air perahan lemon untuk memastikan agar bau tersebut betul-betul hilang.

Surat Khabar Lama

Bila dah cuci cuba anda letakkan surat khabar yang lembap atau basahkan sedikit pada tempat yang berbau hancing. Biarkan semalaman agar lapisan tersebut dapat menyerap bau kencing yang kuat.

Apa-apa pun, bela kucing ni memang kena banyak bersabar dalam masa yang sama secara tidak langsung ia mendidik kita untuk menjadi manusia yang lebih berdisplin dan bersih betul tak?

 

Untuk tip yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Malunya! 5 Sebab Mengapa Makeup Anda Masih Bercapuk

 

 

 

Sumber : siraplimau

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna