Bela Atau Tak, Ketahui 10 Makanan & Minuman Yang Tak Boleh Beri Pada Kucing

 “Sesungguhnya seorang perempuan telah dimasukkan ke dalam api neraka kerana seekor kucing yang telah diikatnya tanpa memberinya peluang untuk mencari makanan, ” – Sabda Nabi SAW (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mendera atau memukul mana-mana binatang sehingga mati adalah berdosa terutama haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sayangnya, tak ramai yang ambil peduli sehinggakan ada yang sanggup menjerut kucing hidup-hidup. Ini yang berjaya dirakam CCTV, bagaimana pula dengan kes-kes yang kita tak tahu? Hm..

Itu cerita membunuh kucing secara sengaja. Kalau membunuh secara tidak sengaja melalui pemberian makanan yang salah? Itu lagi kasihan. Kucing adalah binatang yang tidak mempunyai akal fikiran tapi bersifat manja. Jadi, apa saja makanan yang kita suakan pasti mereka akan makan. Lagi-lagi kucing jalanan yang lapar.

Perut mereka tak sama macam kita. Mungkin ada sesetengah makanan bagus untuk kita tapi tidak bagi mereka, begitu juga sebaliknya. Jadi, jangan bagi sembarangan makanan atau minuman. Bagi pencinta kucing atau tak, sila ambil tahu senarai jenis makanan dan minuman yang dilarang untuk beri pada kucing.

Sumber: unsplash

Berilah makanan yang bersesuaian. Mereka juga makhluk Allah dan perlukan makanan untuk hidup. Berikut adalah antara jenis makanan dan minuman yang tak sepatutnya diberi menurut sebuah portal…

  1. Produk susu sapi – Susu sapi yang dibungkuskan boleh menyebabkan kucing mengalami cirit-birit.
  2. Alkohol – Boleh menyebabkan kematian.
  3. Anggur dan kismis – Membuatkan kegagalan ginjal berfungsi.
  4. Daging mentah – Bakteria mudah tersebar kerana daging mentah mengandungi banyak bakteria.
  5. Telur mentah – Putih telur yang mentah mengandungi avidin akan menghalang penyerapan biotin vitamin B.
  6. Bawang putih dan bawang bombay – Mengandungi tiosulfat yang menyebabkan masalah serius.
  7. Coklat – Menyebabkan kegagalan jantung berfungsi.
  8. Kafein – Menyebabkan kucing hiperaktif sehingga kekejang atau sawan.
  9. Hati – Boleh menyebabkan kucing menderita kerana kekurangan vitamin A.
  10. Tulang ikan – Boleh melukakan mulut dan merosakkan sistem pencernaan kucing.

Sumber: cariangoogle

Makanan terakhir tu selalu sangat kebanyakan orang kita campak pada kucing hm. Sekarang ni bila dah tahu makanan dan minuman terlarang kucing, lepas ni harap jangan ada yang sengaja beri kucing senarai makanan diatas. Sayangilah kucing walaupun anda tidak membelanya.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Eh Selamat Ke Bayi Bermain Dengan Kucing?

Percaya Atau Tidak, Membela Kucing Dapat Mengubah Gaya Hidup Anda

 

 

 

Sumber: BH

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna