Bekas Isteri PU Abu Kongsi Tip Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Setelah berpisah, Hana Azraa mendedahkan dirinya masih lagi mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang pernah tular dengan kes cerai, iaitu PU Abu.

Hm. What do you guys think?

Dalam pada masa yang sama juga, Hana juga turut menceritakan di mana PU Abu juga turut hadir ke rumahnya bersama teman wanita untuk membawa anak bersama bekas isteri keluar bersiar-siar.

Baca:Vibe Check! Ini Tanda-Tanda Anda Masih Belum Dimaafkan

Tapi apa yang Donna suka adalah apabila Hana Azraa juga turut mendedahkan bahawa hubungan beliau dengan keluarga bekas suaminya juga baik-baik sahaja.

“Bukan hari ini bercerai, esok terus okay

Hana mendakwa perkara sebegini juga mengambil masa untuk kembali pulih dan syukur sehingga kini sudah lebih tiga tahun lebih hubungan mereka masih lagi okay.

Foto:Mstar

Hana menjawab persoalan yang diberikan oleh salah seorang pengikut di laman Instagram di mana follower itu meminta tip bagaimana hendak mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas suami setelah apa yang dilaluinya.

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Hana, beliau menuntut dirinya tidak boleh mementingkan diri dengan apa yang telah terjadi. Hana yang mempunyai dua bekas suami itu belajar untuk menerima takdir yang telah ditetapkan serta meletakkan kepentingan anak-anak terlebih dahulu.

‘Let things go’

Mengikut apa yang dikongsikan oleh Hana, apabila kita belajar untuk melepaskan masa silam dan mengelakkan diri daripada dihantui dengan perasaan benci membenci, ia tidak akan mendatangkan kebahagian dalam hidup. Belajar apa yang telah terjadi dan pandang ke hadapan, dan pasti hati akan terasa lebih lapang.

Baguslah. Bermusuh lama-lama pun nak ke mana!

 

Baca:

“Langsung Tidak Terfikir Isteri Ustaz Sebenarnya Tak Restu”- Da’i Farhan Tipu Dapat Kebenaran Poligami?

Akibat Cemburu Buta, Ibu Tiri Campak Anak Tiri Dalam Sungai Sehingga Lemas

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna