Begini Rupanya Nak Maintain Stylo Walau Anak Dah Berduyun

Siapa je yang tak nak kelihatan 10 tahun lebih muda kan? Walau umur dah masuk 40-an sekali pun, penampilan diri dan kecantikan kulit wajah penting untuk dijaga tau! Tapi awas, sekarang ni ada macam-macam kaedah pantas melibatkan pembedahan atau suntikan yang merbahaya jika bukan daripada badan yang berdaftar. Nak cantik tapi lain pula jadinya.

Bila dah masuk ‘zon mak-mak’, anak pun sedang membesar..kadang-kala penampilan diri tidak terjaga. Kami faham, bukannya tak nak jaga tapi dek kerana kesuntukkan masa, perkara ‘remeh’ sering diabaikan. Perkara ‘remeh’ ni boleh jadi big issue satu hari nanti bila anda sendiri yang malu untuk keluar rumah berjumpa rakan yang lain. 

Time management

Dalam bahasa melayunya, ‘pengurusan masa’. Ramai wanita fail bab nak urus-urus masa ni. Fail bukan sebab apa pun, terlalu banyak untuk dilakukan pada masa yang singkat. Contohnya, waktu pagi di mana anda perlu menyediakan sarapan pagi buat anak dan suami,menyiapkan anak untuk ke sekolah, membersihkan dapur, dan untuk yang bekerja harus pantas menyiapkan diri pula untuk ke tempat kerja. Balik kerja pun dah penat drive menghadap jem, kena sediakan makan malam pula untuk keluarga. Penat sampaikan anda tidak sedar anda tertidur sehingga keesokkan harinya. Rutin sama berulang setiap hari.

Cuba susun jadual anda dan tetapkan perkara yang boleh diselesaikan pada hujung minggu. Seperti menyediakan bahan untuk masakan dan simpan di peti ais, dapatkan bantuan pasangan agar kerja yang dilakukan tidak terbeban seorangan. Paling penting pastikan anda memaksimakan waktu di ofis untuk bekerja dan waktu di rumah untuk famili dan diri anda sendiri. Didik juga anak-anak untuk melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan sendiri.

Cantik dalaman sama penting dengan cantik luaran

Orang kata kalau nak maintain cantik, kena mula dari dalaman. Kalau tak servis betul-betul dalaman, yang tampak indah di luar hanya sementara je tau. Jadi semakin meningkat usia, pastikan juga anda tingkatkan stamina dengan melakukan aktiviti bersenam atau berjoging paling tidak dua kali seminggu. Aktiviti yang membuatkan anda berpeluh juga boleh membuang toksin dalam badan, menjadikan wajah lebih segar sentiasa.

Dah bersenam, berpeluh, jangan pula abaikan pemakanan anda. Kalau dulu makan lewat sehingga 2 ke 3 pagi pun badan masih okay. Tapi sekarang,kadar metabolisme makin menurun dan sebab itulah berat badan bagai dipam pam naiknya. Tipnya, kurangkan makanan diproses seperti di dalam tin, lebihkan makanan yang kaya dengan omega seperti kacang dan ikan. Lebihkan juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kekal ‘classy’ dan stylo walau di usia 30-an

Perasan tak, kebanyakkan wanita sekarang seakan mudah menyerah kalah dan rela untuk tidak bergaya kerana tiada keyakinan mencuba. Ish, jangan begitu! Jangan abaikan penampilan diri kerana berfesyen itu mampu buatkan anda tampak lebih muda dengan potongan baju dan warna yang menarik.

Anda juga mampu mencipta identiti anda tersendiri dengan gaya fesyen yang ingin ditampilkan. Yakinkan diri mengenakan pakaian berwarna cerah dan ceria kerana ia juga dapat membentuk mood positif dalam diri anda sendiri. 

Untuk anda yang berhijab, jangan hadkan fesyen hijab dengan tudung sarung sekalipun alasan anda untuk ke pasar. Hey, ke pasar pun harus kelihatan vogue tau! Tak vogue kalau anda tak gunakan STAILOZ™ Inner Hijab yang dicipta dengan teknologi Jepun dan mampu beri manfaat kesihatan jangka panjang kepada pemakai termasuk mengurangkan sakit kepala, mengurangkan tekanan, anti-bau, penghadang sinaran UV untuk mengurangkan kesan penuaan kulit, juga ada detoksifikasi semulajadi dengan tenaga infra merah yang mampu melepaskan toksin dalam badan dan banyak lagi. Eh, confuse lah ni tudung ke suplemen kesihatan badan ni?

STAILOZ™ Inner Hijab boleh didapati dalam dua jenis gaya iaitu gaya penuh dan gaya tiub dengan harga RM99 dan RM79 setiap satu. Terdapat sembilan warna yang menarik termasuk kelabu, biru muda dan juga warna yang menjadi pilihan ramai iaitu hitam, putih atau warna tanah yang sesuai dipadankan dengan pelbagai stail dan acara.

La, tunggu apa lagi dapatkan sekarang dengan diskaun 40% untuk setiap pembelian barangan STAILOZ™ Inner Hijab dengan Promo code: “PROMO-DO” Promosi ni sah sehingga 30 November 2019 sahaja tau. Nak lagi mudah, klik sahaja di sini.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna