Beberapa Jam Lagi, Sebelum Che Ta Mengamuk!

Pelakon, Rozita Che Wan, memberi masa sehingga jam 6 petang ini kepada bekas pemandu peribadinya, Muhammad Riduan Mohamad Mizol, untuk tampil memohon maaf secara terbuka.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, selain bersemuka, Riduan juga boleh berbuat demikian menerusi perkongsian status di Facebook atau menghubunginya mahupun peguamnya bagi menyelesaikan perkara itu.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, saya terpaksa meminta peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya pada sidang media bagi menjelaskan isu pembayaran gaji bekas pemandunya, di sini.

Sumber: xtra

Difahamkan, Riduan sepatutnya hadir pada sidang media itu bagi membuat permohonan maaf, namun lelaki terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas.

Sementara itu, Rozita meluahkan rasa kesal dengan tuduhan seolah-olah dia menganiaya bekas pemandunya. Ekoran itu, Rozita mendakwa menghantar notis tuntutan melalui peguamnya kepada Riduan pada 11 Mac 2019.

“Saya amat kesal dengan pelbagai tuduhan dilemparkan, antaranya saya selaku majikan didakwa dengan sengaja tidak mahu membayar gaji dan berniat menganiaya dirinya.

Sumber: kopiplanet

“Kenyataan tidak berasas ini memalukan saya dan menjatuhkan reputasi saya di mata masyarakat. Bagi membersihkan nama, saya ingin memaklumkan sudah pun menghantar beberapa notis tuntutan kepada Riduan,” katanya.

Menerusi tuntutan itu, Rozita mahu Riduan berhenti mengeluarkan kenyataan mahupun gambar memfitnah dirinya.

Selain itu, Riduan diberi tempoh 48 jam daripada tarikh notis tuntutan berkenaan untuk membuat jaminan dan aku janji secara bertulis beliau takkan mengulang penerbitan kenyataan fitnah atau kenyataan serupa.

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh klik di sini untuk ke Berita Harian.

Sumber: BH

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna