‘Be Smart’ Bila Uruskan Barang Kering Bahagian Dapur

Berdiri sambil cekak pinggang tengok keadaan dapur. Penuh dengan barang sampai nampak selerak! Rimasnya… Kadang-kala tu kita dah kemas tapi tetap nampak selerak dan tak cukup tempat nak simpan barang. Lepas tu, terpaksalah letak dekat tepi kabinet atau atas table top. Itu yang dapur kelihatan selerak dan tak terurus.

Hm, macam mana nak buat ni? Pening kepala! Tak dapat dinafikan memang agak sukar untuk menyusun barang kerana seperti menyusun strategi. Bukan mudah, tapi tak apa, cuba ikut perkongsian kami ini. Mungkin dengan cara ini, dapur anda kelihatan lebih tersusun dan kemas terutamanya bahagian simpanan barangan kering.

via GIPHY

Berikut adalah perkongsian daripada kami.

Kabinet

Ya tahu, dapur memerlukan stok barang yang banyak supaya nanti tak ada masalah bila tengok syok masak, bahan masakan habis. Tapi, anda kena fikir pula kabinet tempat simpanan barangan kering mempunyai ruang  yang banyak atau tak.

Jangan beli main ikut nafsu. Sebelum beli, fikir dulu “kalau aku beli banyak-banyak stok ni, dekat mana aku nak simpan nanti?” Kalau ada jawapan, baru beli. Kalau sebaliknya, batalkan niat tu ye? Cukup beli bungkusan besar untuk tahan seminggu atau sebulan.

Sumber: rumahpedia

Bahagikan

Kalau anda jenis yang suka beli barangan kering dapur yang banyak, pastikan susun mengikut jenis. Elakkan ‘main’ susun je. Bukan apa, bila main susun je mulalah masalah ruang tak cukup pula timbul.

Walaupun di simpan dalam kabinet sekalipun, pastikan disusun dengan rapi. Mana tahu tiba-tiba mak mertua kita datang rumah bukak kabinet nampak kemas tersusun. Bertambah sayang dia dekat kita.

Sumber: marthastewart

Selalu vs Jarang

Kenal pasti bahan kering mana yang selalu guna dan mana yang jarang. Kalau yang selalu guna setiap kali memasak seperti garam, gula atau rempah-ratus, pastikan barang ini diletakkan di bahagian yang mudah di ambil.

Mana barang kering yang jarang digunakan pula seperi tepung atau cili kering, satukan bahagian yang tak selalu guna. Mudah nanti anda nak masak lagipun nampak lebih sistematik. Semuanya tersusun elok.

Bekas

Nak nampak kemas dan tersusun, gunakan bekas yang sama bentuknya. Kalau anda jenis yang suka simpan stok yang banyak, gunakan bekas yang lebih besar untuk menyimpan bahan kering. Barulah nampak kemas dan teratur.

Lagi satu, mana jenis bahan kering yang anda selalu beli stok lebih tu, pastikan gunakan bekas yang lebih besar untuk refill. Nanti satu hal pula nak kena simpan tempat lain lebihan bahan kering tu. Banyak guna ruang!

Sumber: martha

Itulah antara tip asas untuk anda aktifkan strategi menyusun barang kering di bahagian dapur. Kalau 4 asas ini pun susah nak buat, jangan bermimpi dapur anda kemas dan teratur. Ingat, be smart! Selamat mengemas.

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: Panaskan Lagi Hubungan Bersama Di Dapur Dengan Suami, ‘Why Not‘ , Jom Ubah Suai Dapur Ala-Ala Orang Barat!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: marthastewart

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna