“B*doh Tu Simpan Sikit” – Bila Netizen Dah Bengang. Jom Dengar Hujah Dr Zakir Naik Isu Bentuk Bumi Sebenar

Laman media sosial sedang kecoh tentang isu saiz bumi yang dikatakan berbentuk leper. Perkara ini dicetuskan apabila seorang pemuda yang dikenali sebagai Suhaimi Saad mempertikaikan bentuk bumi sebenar sehingga mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszpahar untuk mengangkat sumpah jika benar bumi berbentuk bulat.

Rentetan itu, Dr Sheikh Muszpahar tampil bersumpah di akaun Instagram miliknya bahawa bumi itu bulat tetapi, Suhaimi Saad telah memuat naik status di Facebook dengan menafikan sehingga mengatakan sesiapa yang mempercayai kenyataan daripada Dr Sheikh,  mereka adalah orang yang mempunyai  pemikiran bodoh.

Anda boleh baca artikel penuh dengan klik di sini.

Tidak cukup degan itu, Suhaimi mengatakan Dr Sheikh tak ada pendirian yang tetap kerana sekejap mengatakan bentuk bulat, sekejap berbentuk telur.

SORRY SORRY😄Lepas ss dan Ina tergelak tadi,Nak tambah sikit lagi😂Minggu lepas Dr kata bumi ni sfera.Pagi ni Dr…

Posted by Mosus on Khamis, 14 Februari 2019

 

Jangan main-main dengan netizen di Malaysia, ruangan komen di laman Facebook Suhaimi Saad terus dibanjiri ribuan kecaman kerana ramai yang tidak menyokong apa yang dilakukannya.

“B*doh tu simpan sikit”

 

Donna yakin, disebabkan percanggahan informasi, serba sedikit pasti timbul persoalan dalam kepala fikiran sesetengah pembaca Donna, apakah bentuk bumi yang sebenar?

Oleh itu, Donna telah membuat sedikit kajian tentang isu ini sehingga terjumpa sebuah video di YouTube berkaitan pandangan dari seorang pakar perbandingan agama, yang digeruni seluruh dunia, Dr Zakir Naik. Penjelasan darinya, amat jelas berserta fakta kerana berpandukan hujah-hujah dari Al-Quran.

Anda boleh lihat dua video di bawah untuk dapatkan jawapan dan pastinya akan menjawab segala persoalan dalam fikiran anda.

Untuk pengetahuan anda, ketika Donna menonton dua buah video ini, tontonan umum hanyalah lebih 20 ribu saja namun, video penerangan dari Dr Zakir Naik telah meningkat naik sehinga mencapai lebih 2 juta tontonan pada hari yang sama! Bagus rakyat Malaysia pun macam Donna juga, buat kajian dan mencari rujukan pada sumber yang betul. Jangan main percaya sahaja pada sumber yang tidak benar okay!

 

 

 

 

 

Sumber: Lampu Islam , LordBless666

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna