Bayi Usia 13 Hari Positif COVID-19 Meninggal Dunia

Perkara paling digeruni mak ayah adalah bila virus ini menyerang anak-anak kita. Memanglah benar jika sudah ditakdirkan, siapa kita untuk mengubah urusan Tuhan. Namun bukankah langkah berjaga-jaga untuk mengelak sesuatu kemudaratan itu wajib dilakukan? Mengamalkan norma baru juga dikira sebagai langkah kita menghargai kurniaan Tuhan, iaitu kesihatan dan nyawa kita sendiri.

Baru-baru ini, berita menyedihkan dilaporkan oleh sebuah portal berita. Bayi berusia hanya 13 hari dilaporkan meninggal dunia dan bayi tersebut adalah positif COVID-19. Bayi ini juga dikira sebagai mangsa termuda yang meninggal dunia disebabkan virus pandemik ini di UK.

Kejadian ini berlaku pada 15 Jun lepas dan ia dilaporkan menerusi kenyataan daripada Hospital Sheffield Children. Punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti namun hasil ujian menunjukkan bayi tersebut adalah positif COVID-19.

Walau kejadian ini bukan berlaku di negara kita, namun percayalah bahayanya virus ini kepada kanak-kanak terutama bayi bukan boleh dipandang ringan. Mereka ini adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti dan jika ibu bapa masih tidak berjaga-jaga, anak anda mungkin menjadi mangsa seterusnya.

Jangan marah dengan kenyataan ini kerana ini adalah realitinya. Dengan mata penulis sendiri menyaksikan, masih ada ibu bapa membawa anak-anak yang masih kecil ke pasar raya yang sangat penuh dengan manusia. Lagi sedih, bila si ibu bapa memakai topeng muka, namun bayi kecil di dalam stroller dibiar terdedah dengan risiko virus.

Satu sahaja nasihat ingin diberikan, virus ini masih ada di luar sana dan kita masih belum menang. Jika anda tidak kisah akan diri anda, setidak-tidaknya jangan bahayakan nyawa anak anda. Kerana, mereka tidak bersalah dalam hal ini.

 

 

 

 

Baca juga:

317 Budak Positif COVID-19 – Perlu Ke Bawa Anak Beli Baju Raya?

Buang ‘Tebiat’! Ada Yang Guna Campuran Air Mani Untuk Ubat COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber: BBC

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna