Bayi Tak Pandai Bercakap! Ini Tanda Bayi Anda Mengalami Dehidrasi

Penjagaan bayi memerlukan perhatian yang penuh. Nyawa seorang bayi ini boleh dikira terletak hampir sepenuhnya kepada kedua ibu dan bapa. Dari segi kesihatan diri dan juga emosi haruslah diberi penjagaan rapi.

Seperti yang kita sedia maklum, si manja yang masih lagi kecil memang tidak pandai berkata-kata dan hanya mampu mengeluarkan suara tangisan, senyuman dan juga ketawa. Banyak perkara yang ibu bapa harus pelajari dalam mengasuh seorang bayi. Jadi, hari ini Donna mahu kongsikan tip kepada anda untuk mengenalpasti tanda-tanda bayi anda sedang mengalami dehydration. Usah risau, informasi ini dikongsikan oleh Klinik Dr. Asmah, pakar dalam kesihatan!

Seperti yang anda tahu dehidrasi merupakan satu perkara yang akan berlaku dalam badan jika badan kekurangan air. Jika anda merasakan bayi anda seperti ada tidak kena, mungkin boleh semak dahulu jika anak tersebut mengalami dehidrasi atau tidak. Terdapat dua  jenis dehydration yang berkemungkinan boleh berlaku kepada bayi anda.

via GIPHY

 

Mild Dehydration

Bayi tersebut akan kerap menangis dan juga tidak ceria dan aktif seperti biasa. Bukan itu sahaja, cuba perhatikan jika bayi tersebut kurang membuang air kecil sekerap yang anda sering tahu dan yang paling jelas adalah apabila bayi anda mengalami masalah bibir kering dan berlakunya ulser.

  • Kerap menangis
  • Air mata kering walau sering menangis
  • Tidak aktif
  • Kurang membuang air kecil
  • Bibir kering & pecah
  • Ulser mulut
  • Sukar makan & minum

Jika sampai tahap ini, maka bayi akan lebih sukar untuk minum atau makan!  Selain dari itu, bayi anda juga akan kerap menangis dan perhatikan air mata bayi tersebut. Jika berkurang atau kering maka itu merupakan salah satu tanda kekurangan air.

Baca: Bolehkah Virus COVID-19 Dijangkiti Bayi Menyusu Dan Kandungan?

Perhatikan Soft Fontanel (Ubun-ubun)

Tanda yang ini hampir 90% ibu bapa tidak tahu yang berlaku kepada anak mereka. Perhatikan ubun-ubun anak anda sama ada kelihatan tenggelam ataupun tidak. Biasanya ia boleh kelihatan pada bayi yang masih lagi berusia setahun ke bawah. Jika kelihatan seperti tenggelam, sila segera ke hospital!

Foto:parenting.firstcry.com

Severe Dehydration

Baiklah untuk tanda-tanda dehidrasi anak yang teruk, Donna listkan terus supaya anda boleh perhatikan dengan jelas.

  • Mata kelihatan tenggelam
  • Kerap menangis
  • Tidak aktif
  • Tidak kencing
  • Kencing sedikit
  • Kulit berkedut
  • Pucat tangan & kaki

Jadilah ibu bapa yang bijak dan sila perhatikan keadaan bayi anda dengan teliti. Jika terdapat tanda-tanda ini, maka Donna cadangkan untuk anda segera bawa bayi berjumpa dengan doktor! Elak memadang remeh perkara ini kerana dehidrasi yang dialami orang dewasa juga boleh membawa maut, inikan pula bayi kecil?

 

 

Baca juga:

Jika Anda Mempunyai Tanda Keracunan Ini, Sila Bergegas Ke Hospital!

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna