Bayi Menangis Angkara Bisikan Halus, Ini 6 Benda Anda Kena Tahu

“Abang, kenapa anak kita tak berhenti menangis dari tadi ni?”

Siapa yang tak gabra kalau anak asyik menangis tak berhenti. Waktu itu, mulalah kepala fikir benda bukan-bukan. Ada gangguan makhluk halus la, ada orang hantar ‘benda’ dekat rumah la. Tapi sebenarnya, normal untuk bayi berumur tiga bulan ke bawah menangis lebih tiga jam sehari.

Menurut Doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol, ada beberapa sebab kenapa bayi menangis. Mengikut kajian di Johns Hopkins University di Baltimore, bayi akan menangis kerana lapar, penat dan tak selesa. Maka, tangisan adalah bentuk komunikasi antara bayi dan ibu bapa.

BACA: Bayi Usia 13 Hari Positif COVID-19 Meninggal Dunia

Sumber: Sirap Limau

Ibu bapa yang tak memberi perhatian kepada bayi yang menangis akan menyebabkan bayi rasa jauh, bayi rasa tak disayangi, bayi rasa sedih dan bayi rasa putus hubungan dengan sekeliling.

Bayi yang cenderung mendapat berhatian ibu ayah akan menjadikan mereka anak yang berdikari, berkeyakinan dan gembira.

BACA: Boleh Ke Ibu Yang Dijangkiti COVID Susukan Bayi Mereka?

Namun begitu, berikut adalah enam perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan bayi daripada menangis.

Sumber: Mypostiveparenting

1- Letakkan bayi di dalam kerusi alun dan hayun perlahan-lahan.

2- Usap ubun-ubun dan tepuk belakang anak dengan lembut.

3- Cuba bercakap dengan anak atau bacakan ayat Quran dengan suara perlahan.

4-Bawa anak berjalan dengan stroller atau jalan kaki.

5- Cuba sendawakan anak. Boleh jadi dia tak selesa sebab belum sendawa.

6- Bawa bersiar-siar di dalam kereta.

Rupanya ada cara nak bagi bayi berhenti menangis. Tak semua disebabkan gangguan makhluk halus tau.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna