Bayi Gergasi Seberat 6.72Kg Dilahirkan Di Texas

Kajian  mendapati wanita yang bertambah berat badan lebih 15kg semasa mengandung cenderung mempunyai bayi besar walaupun tidak menghidap diabetis gestasi iaitu diabetis jangka pendek yang berkait dengan kehamilan dan diketahui mampu menambahkan risiko melahirkan bayi besar. Bayi yang besar akan berhadapan risiko sukar dilahirkan, meningkatkan peluang vagina ibu koyak, pendarahan, ibu terpaksa menjalani pembedahan caesarian dan bayi juga mempunyai risiko bahunya tersekat dan tulang selangka patah kala dilahirkan.

Itu yang terjadi baru-baru ini, seorang bayi seberat 6.72 kilogram telah mengejutkan petugas di hospital apabila dilahirkan bersaiz gergasi. Saiznya dikatakan bersamaan dengan dua orang bayi normal. Bayi tersebut selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di Arlington, Texas pada Disember lalu, dipercayai yang kedua terbesar di US.

Ibu bapanya, Jennifer dan Eric Medlock, kedua-duanya guru muzik di sebuah sekolah di bandar ini turut terkejut dengan saiz dan berat anak lelaki mereka, Ali James.

Namun bayi itu sepanjang 55cm terpaksa ditahan di wad rawatan rapi selama satu minggu sebelum dibenarkan pulang disebabkan paras gula dan platelet dalam darah yang rendah serta sukar bernafas.

Sumber Foto: Dailymail

Anak sulung pasangan ini turut dilahirkan dengan berat lebih 4kg sebelum ini dipercayai berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihidapi Jennifer ketika mengandung.

Bayi paling berat dilahirkan di Texas adalah JaMichael Johnson seberat 7.26kg pada 2011. Bayi paling berat di dunia dilahirkan pada 1879 seberat 10.43kg tetapi malangnya bayi lelaki itu meninggal dunia selepas 11 jam dilahirkan. Pertambahan berat badan semasa hamil telah meningkat sejak dua dekad kebelakangan ini dan sesetengah penyelidik mengesyaki ia mungkin akan menyebabkan berlakunya gejala obesiti di kalangan kanak-kanak.

 

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna