Bayi Cacat Disebabkan Ibu Suka Merokok Ketika Hamil

Dah macam-macam kerajaan lakukan untuk membasmi tabiat merokok dengan mengadakan pelbagai kempen kesihatan tapi masih lagi ramai yang pandang enteng tentang perkara ni. Namun apa yang lagi membimbangkan pada hari ini, wanita mengandung turut terjebak dan ketagih tanpa mempedulikan janin yang ada dalam kandungan mereka. Tabiat merokok bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan bayi sebelum hamil, malah setelah bayi lahir ia juga turut menyumbang kepada tumbesaran bayi.

Menurut Robert Welch seorang doktor di Province Hospital menyatakan bahawa semakin banyak ibu yang menghisap asap rokok setiap hari, semakin besar peluang bayi anda akan terjejas kepada masalah kesihatan serius. Untuk pengetahuan anda, tubuh perokok sangat sensitif kepada asap rokok yang masuk ke dalam badan kerana ia akan membuatkan pembuluh darah tidak berjalan lancar. Bukan itu sahaja, jika bayi kekurangan oksigen ia akan memberi kesan kepada perkembangan bayi antaranya :

Cacat Jantung

Ibu hamil dan merokok saat trimester pertama kebarangkalian akan memiliki kecacatan pada jantung. Berdasarkan data Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit iaitu CDC sebanyak 20 hingga 70 peratus lebih tinggi bahawa bayi akan mengalami cacat jantung sekiranya ibunya merokok.

Kebiasaanya racun daripada asap rokok mampu membuatkan denyutan jantung bayi bergerak dengan lebih cepat daripada biasa. Apabila jantung berdebar laju daripada biasa kemungkinan ia boleh mengakibatkan serangan secara tiba-tiba dan risiko bayi meninggal akan meningkat.

Related image

Sumber: hamil 

Cacat Paru-Paru

Ibu mana yang mahu anak cacat dan kerdil, haa Donna yakin semua ibu bapa mahukan anak yang sempurna tetapi mengapa masih ada lagi wanita hamil yang tidak mahu membuang tabiat berhenti merokok kerana ia akan menyebabkan paru-paru bayi dalam kandungan tidak mampu bekerja seperti biasa.

Tip Mudah Untuk Berhenti Rokok Bagi Ibu Hamil

Nak berhenti merokok secara mengejut agak sukar dan ia memerlukan beberapa langkah awal yang anda perlu lakukan agar anda tidak kembali lagi untuk meneruskan tabiat merokok sekali gus dapat menjaga kesihatan bayi.

  • Elakkan situasi yang boleh menyebabkan anda merokok seperti stres atau bergaul dengan rakan yang merokok.
  • Alihkan keinginan untuk merokok dengan mengunyah sesuatu seperti buah-buahan atau gula-gula.
  • Jangan biasakan diri untuk berkunjung atau pergi ke mana-mana tempat yang mempunyai kawasan merokok.

Anda tidak perlu berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor demi keselamatan bayi kecil dalam kandungan anda.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

 Hubungan Makin Hambar, Tawan Semula Hati Pasangan Anda Dengan Cara Ini

 

 

 

 

Sumber: hellosehat 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna