Bayi 12 Hari Maut Digigit & Diculik Monyet Liar

Gigitan haiwan seperti monyet atau anjing merupakan kejadian yang kerap berlaku dan kadangkala mendatangkan bahaya jika rawatan yang sewajarnya tidak diberikan kepada pesakit dengan lebih awal. Ini kerana mulut haiwan kerap mempunyai bakteria-bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan kuman terutamanya apabila gigitan yang berlaku adalah parah.

Seorang bayi yang baru berusia 12 hari maut selepas diculik dan dibunuh seekor monyet. Pegawai polis bertugas di balai polis Sikandra, Ajay Kaushal berkata, sekumpulan monyet memasuki rumah mangsa dan merampas bayi itu yang sedang disusukan ibunya sebelum melarikan diri.

Sumber Foto: straitstimes.com

“Haiwan terbabit menggigit kepala bayi malang berkenaan dan meninggalkan mangsa apabila dikejar orang ramai bersenjatakan kayu dan batu,” katanya.

Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Menurut bapa mangsa dikenali sebagai Yogesh seorang pemandu beca, mangsa adalah anak tunggalnya. Bayi tersebut adalah anak yang ditunggu-tungunya selepas hampir 2 tahun berkahwin. Insiden itu berlaku di pekan Runkata di pinggir Agra, lokasi menempatkan monumen paling terkenal India, Taj Mahal.

Sumber Foto: Google Image

Penduduk tempatan memberitahu pemberita, 15 minit sebelum kejadian tersebut, monyet yang sama telah mencederakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sehingga cedera di kepala.

Aktivis alam sekitar tempatan, Shravan Kumar Sings berkata, haiwan seperti monyet menjadi semakin agresif kerana kemusnahan habitat asal akibat pembangunan berleluasa.

“Monyet ini berkeliaran di Agra. Ia boleh dilihat di kesemua lima stesen kereta api di bandar, hopital, hotel dan jalan raya. Semua mahu mencari makanan tetapi pada masa sama turut menyerang orang ramai,” katanya.

Sumber Foto: stocksy.com

Pada Mei lalu, dua pelancong asing diserang sekumpulan monyet ketika sedang melawat Taj Mahal.

 

Sumber: hmetro independent.co.uk

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna