“Bayaran Haji Akan Dipulangkan…” – Menteri Agama

Hari raya Haji tidak lama lagi menjelang tiba dan umat Islam di Malaysia rata-rata nampak sinar kegembiraan kerana kemungkinan besar mereka dapat menunaikan ibadah Haji. Eh, betul ke?

Lebih-lebih lagi bila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini. Yelah, kemungkinan besar negara Malaysia pulih dari wabak berjangkit ini semakin cerah dan harapnya kita semua boleh menjalani rutin harian seperti biasa.

Bagaimanapun, itu bukan satu tiket untuk rakyat Malaysia dapat keluar bercuti ke luar negara apatah lagi menunaikan ibadan Haji kerana wabak berbahaya ini masih aktif di kebanyakan negara.

via GIPHY

Kes COVID-19 di Mekah…

Bila dilihat perkembangan di negara Arab Saudi, Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sehingga 12 Jun 2020, kes positif COVID-19 di Makkah berjumlah 41,456, yang pulih seramai 30,554 dan kes aktif seramai 10,289 manakala yang meninggal dunia adalah seramai 613 orang.

Malah, berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kes positif COVID-19 masih menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari. Dalam perkembangan terkini, Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk mengenakan kembali perintah berkurung di Jeddah untuk tempoh 15 hari, bermula 6 Jun hingga 20 Jun 2020.

Sumber: bh

Tangguh haji…

Ini menunjukkan situasi penularan COVID-19 di Arab Saudi masih berada pada paras yang agak membimbangkan. Sehingga kini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berkaitan kebenaran jemaah haji dari negara-negara luar untuk menunaikan haji.

Setelah mempertimbangkan segala sudut terutamanya dari segi kesihatan jemaah haji rakyat Malaysia. Pihak Lembaga Tabung Haji mengambil keputusan untuk menangguh segala operasi haji pada tahun ini.

Berikutan dari keputusan ini, Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memuat naik tweet tentang bayaran haji yang telah dilakukan pada 2020.

Kepada semua jemaah haji bagi tahun 2020 harap bersabar dengan ujian ini kerana segala apa yang berlaku ada hikmah. Ketahuilah, kedudukan ibadat haji sebagai rukun Islam yang kelima tidak akan mudah ditangguhkan begitu sahaja kecuali sudah barang tentu dengan alasan dan justifikasi yang benar-benar kukuh.

Sebagai umat Islam amat penting untuk kita bersikap tabayyun iaitu mendapatkan penjelasan dan bersangka baik terhadap segala tindakan yang diambil oleh pihak pemerintah. InsyaAllah tahun depan ada rezeki, berangkatlah kita ke tanah suci.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Senarai Garis Panduan Solat Jumaat & Solat Sunat Aidilfitri Yang Harus Dipatuhi Oleh Negeri Perak

Galas Semua Tanggungjawab, Punca Isteri Hilang Hormat Pada Suami

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna