Bawa Anak ‘Menyelam’ Tanpa Basah, Mesti Mereka Teruja!

Nak pergi mana ye weekend ni? Takkan nak bawak pergi mall lagi,”

Sebagai ibu bapa, kadang-kadang tu mesti mati idea nak bawa ke mana anak-anak keluar berjalan. Lebih-lebih lagi bila hampir setiap minggu keluar rumah. Kalau tak bawa keluar berjalan, bosan pula meluangkan masa di rumah.

Iyalah, seminggu sekali nak juga keluar tengok dunia luar kan? Jadi, artikel kali ini akan kongsikan bersama anda aktiviti apa yang boleh anda lakukan bersama keluarga pada hujung minggu.

Antara aktiviti tersebut adalah:

Beriadah

Sumber: HM

Kepada keluarga yang sering pergi ke pusat membeli-belah semata-mata nak ber-window shoping dan makan-makan, sangatlah membosankan dan tak produktif! Jadi, apa kata anda bawa keluarga anda ke taman permaianan untuk menemani anak-anak anda bermain.

Aktiviti beriadah ini tidak semestinya di taman permainan, anda juga boleh bawa anak-anak anda mandi-manda di sungai, memancing, berkelah, menanam pokok di halaman dan lain-lain lagi.

Bermain permainan tradisional

Sumber: pamapedia

Disebabkan permainan tradisional seperti lompat tikus, congkak, batu seremban, baling tin, baling selipar sudah tenggelam dek zaman teknologi. Jadi, dedahkan anak-anak anda dengan permainan tradisional ini.

Hentikan dengan pemberian gadjet untuk sehari dua! Kenalkan mereka pada dunia sebenar. Mereka pasti terhibur dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Bergotong-royong

Kalau dah setiap minggu keluar berjalan, apa kata sekali-sekala tu, ajak keluarga untuk membersihkan rumah seperti buang sawang di syiling, cuci bilah kipas, mop rumah, lap habuk pada rak-rak kabinet dan lain-lain lagi.

Lakukan aktiviti ini dengan menciptakan suasana yang meriah, ceria dan menarik seperti menyanyi bersama-sama sambil membuat kerja rumah, melawak satu sama lain atau bertukar pendapat dan cerita masing-masing.

Tonton TV bersama

Sumber: siraplimau

Tidak semestinya melakukan aktiviti di luar saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menonton televisyen juga dapat mewujudkan keserasian. Jika boleh, tonton cerita yang boleh meningkat daya pemikiran mereka.

Ajak semua anak-anak duduk bersama di sofa di hadapan TV. Baring bersama-sama mereka, peluk dan cium mereka. Pilih saluran kegemaran dan ketawa bersama-sama. Jangan biarkan anak-anak anda menonton televisyen sendirian.

Kenali hidupan laut

Selain daripada mempelajari tentang kehidupan laut dari kamus bergambar, tidakkah anda terfikir untuk dedahkan anak-anak atau adik-adik anda dengan kehidupan laut di depan mata? Mesti tak pernah bukan?

Jadi, Aquaria di KLCC adalah tempat yang tepat! Klik sini untuk info lebih lanjut.

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna