Bawa Anak ‘Istimewa’ Ketika Melancong Bukan Satu Masalah Jika Anda Tahu Caranya

Walaupun tidak sempurna seperti manusia lain, tetapi mereka adalah insan terpilih oleh tuhan untuk terus menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Jika anda boleh menikmati keindahan alam dan merasai budaya masyarakat yang berbeza, mengapa mereka tidak? Benar mereka adalah golongan istimewa yang mempunyai kekurangan, tetapi ia bukan satu alasan atau penghalang utama buat mereka  untuk menambah pengalaman sama seperti penggembara yang lain.

Mungkin dilema yang sering dihadapi buat para ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) apabila tiba masanya anda dan pasangan membuat keputusan untuk membawa mereka pergi melancong. Kali ini Donna berkesempatan untuk berkongsi apa yang harus  anda lakukan jika membawa anak atau ahli keluarga yang berstatus OKU.

Image result for person disable travel

Sumber: the irish

Tip Mudah & Selamat Bawa Anak OKU Melancong

Alert Terhadap Nilai Kekangan

  • Perkara utama yang anda harus menitikberatkan adalah untuk menilai kekangan yang ada dalam diri mereka.
  • Sebagai contoh jika anak boleh berjalan tetapi memerlukan kerusi roda atau tongkat pastikan mereka ada peneman sepanjang waktu kerana mungkin mereka tidak boleh berdikari menguruskan diri sendiri ketika berada di luar.
  • Jika anda sudah memastikan kekangan yang mereka hadapi, cari destinasi yang ingin dituju bersesuaian pada kekangan fizikalnya.
  • Bagi anak OKU yang tidak boleh berada dalam keadaan bising, elakkan untuk pergi lokasi hot spot seperti bazar atau pasar malam.

Search Lokasi Mesra OKU 

  • Negara maju seperti Eropah, Korea Selatan, Jepun dan Australia memang tidak asing lagi dengan kemudahan mesra bagi warga OKU yang hebat terutamanya dari segi tandas dan pengurusan di lapangan terbang.
  • Sebelum membuat tempahan pastikan anda dan pasangan mengkaji terlebih dahulu hotel penginapan yang menyediakan kemudahan buat mereka yang kurang berkemampuan.

Image result for travel kit for disable

Sumber: understood

Sediakan Kit Kembara OKU 

  • Penting untuk anda menyediakan kit kembara iaitu beg kecil yang berisi salinan perubatan, ubat, salinan pakaian, selimut kecil dan plastik.
  • Ia adalah langkah awal untuk mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingin dan mengelakkan penerbangan anda ditangguhkan.

Nah, jadi tiada lagi alasan untuk meninggalkan anak anda yang tidak berkemampuan di rumah bersendirian. Bawa mereka bercuti untuk dijadikan sebagai terapi minda tetapi jangan lupa amalkan tip seperti di atas untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, semoga bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

Sumber: mstar

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna