Bau ‘Perfume’ Tahan Lama Jika Disembur Pada Pangkal Dada

Memakai minyak wangi adalah identiti bagi sesetengah individu.”

Memilih minyak wangi yang sempurna dan serasi dengan tubuh akan mengeluarkan bau yang menyenangkan. Namun kadangkala bau yang diharapkan menemani diri seharian hilang dalam masa beberapa jam sahaja selepas semburan. Nak kata beli haruman dari pasar malam tidak juga, kadangkala minyak wangi yang dibeli dengan harga mencecah RM500 sebotol, tetapi baunya hanya bertahan dalam tempoh yang sekejap. Kenapa ya begitu? Lakukan ini jika ingin bau minyak wangi anda melekat lebih lama dan berbau harum pada tubuh anda.

Sumber Foto: pexels.com

  • Elakkan Simpan Di Bilik Mandi atau Dalam Kereta – Pastikan anda tempatkan minyak wangi di lokasi yang kering seperti di bilik tidur. Elak tinggal minyak wangi di dalam kereta ketika waktu siang.  Ruang yang lembap dan bersuhu panas boleh memecahkan molekul minyak wangi dan mengubah  kualitinya. Oleh itu,
  • Letakkan Losyen Dahulu – Ada sebab kenapa minyak wangi disyorkan dibeli dalam pek set bersama losyen atau sabun mandi. Anda disarankan untuk menggunakan losyen tanpa terlebih dahulu sebelum menyemburkan minyak wangi pilihan anda. Permukaan kulit yang berminyak dapat mengekalkan bau minyak wangi berbanding kulit kering.

Sumber Foto: pexels.com

  • Sembur Minyak Wangi Selepas Mandi – Selain kulit berminyak, kulit lembap selepas mandi boleh membantu untuk mengekalkan bau haruman. Bagi mengekalkan haruman yang berpanjangan semburkan ia pada kot, lengan atau rambut.
  • Kenali Jenis Minyak Wangi – Jika minyak wangi berlabel eau de cologne dan eau de toilette ia mempunyai bau kurang tahan lama berbanding jenis eau de parfum atau extrait de parfum yang mempunyai bau  tahan lebih lama.

Sumber Foto: pexels.com

  • Jangan Gosokkan Wangian Pada Pergelangan Tangan – Ramai daripada anda suka menyemburkan minyak wangi pada pergelangan tangan kemudian menggosokan wangian tersebut. Tabiat begitu akan menyebabkan wangian hilang cepat dan bau tidak kekal lama.

via GIPHY

  • Semburkan Pada Bahagian Berhaba – Semburkan minyak wangi anda pada bahagian badan yang berhaba seperti belakang leher, belakang telinga, celah dada, belakang lutut, dalam siku dan bahagian atas dari pusat.

via GIPHY

 

CIRI-CIRI HARUMAN SESUAI DENGAN ANDA!

Sumber Foto: pexels.com

Anda perlu membeli minyak wangi yang disukai bukan dipengaruhi pujukan jurujual atau cuba mengikuti trend. Ketika anda mencuba haruman di kedai minyak wangi, cuba sembur pada kulit sendiri daripada menghidu pada kertas yang diberi jurujual kerana baunya berbeza. Beli minyak wangi berdasarkan personaliti diri anda samada seorang yang ceria, beremosi, perahsia, romantik atau elegan. Sekiranya anda bersin serta-merta selepas menghidu minyak wangi, jangan anggap ia sebagai alergi kerana ia hanya respons deria kepada reseptor hidung untuk sementara.

Sumber: profhariz.com alisyaprfume herinspirasi

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna