Baru 2 Tahun, Aafiyah Dah Pandai Ikut Tokti Baca Surah Al-Fatihah

Sebelum ini rakyat Malaysia terhibur dengan kepetahan puteri sulung penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah yang menyebut nama penuh ibu secara spontan ketika membuat live di Instagram. Malah, Tokti sendiri juga terkejut!

Kali ni ada teletahnya yang lebih menarik perhatian kami. Apa lagilah si Aafiyah ni buat, ada saja perangai ‘nak besar’ dia tu keluar. Menerusi posting video yang dimuat naik di Instagram lewat malam semalam, Aafiyah telah mengejutkan ramai pengikut Tokti.

Jom tengok video apa yang buat ramai pengikut Tokti terkejut…

View this post on Instagram

alhamdullillah.. #masyaAllahTabarakkallah

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Wah! Aafiyah pandai baca ‘ibu segala surah’! Bukan main lagi ye, padahal baru je usia mencecah dua tahun. Ni mesti Tokti selalu baca dengan Aafiyah hampur setiap hari terutama waktu malam sebelum tidur. Kalau tak, macam mana Aafiyah boleh dikatakan hampir lancar membaca Al-Fatihah.

Bukan apa, kebanyakan kanak-kanak pada usia dua tahun ni, mereka agak sukar untuk ikut dan sambung surah lebih-lebih lagi surah yang melebihi dua ayat tapi, lain dengan Aafiyah. Bijak!

Bagus Tokti ajar anaknya medekatkan diri dengan agama sejak kecil lagi. Semoga Aafiyah jadi anak solehah dan bijak menguruskan corak kehidupan bila besar kelak.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Manja! Koleksi Gambar Tokti Tunai Umrah Dengan Aafiyah

“Cantik Sempurna…” – Pakai Hijab ‘On Point’, Jihan Muse Dapat Pujian Tokti

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: igctdk

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
x
Donna