Barang Yang Wajib Ada Dalam Beg Tangan Wanita

Banyaknya barang dalam bag aku ni, apalah yang aku bawak ni”

Mesti anda pernah mengalami situasi ini bila lihat isi dalam beg anda. Lebih-lebih lagi yang pakai beg besar tu, lagilah banyak harta karun yang entah apa-apa bertapa dalam beg tu. Itu yang punca beg wanita berat macam bawa batu.

Tambahan pula, kadang tu barang yang tak penting pun di bawa bersama seperti resit bank, tisu yang sudah di pakai, bungkusan gula-gula, sikat, penyepit rambut, syiling bertaburan, katalog pasaraya dan banyak lagi barang yang tak berguna! Alahai wanita!

Sumber: pexels

Apa kata, anda keluarkan semua barang dalam beg anda sekarang dan agihkan barang yang patut dibuang dan barang yang patut dibawa. Tapi, mesti anda rasa semua pentingkan? Ahaks! Tak apa, Donna akan bantu anda semua senaraikan apa yang patut ada dalam beg tangan anda.

Antara barang yang wajib ada dalam beg tangan adalah;

Telefon bimbit

Sumber: pexels

Tidak hairanlah zaman teknologi berkembang ini, telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan bagi setiap individu. Ia seolah-olah ‘jantung kedua’ manusia. Bayangkan, sampaikan jalan raya pun kita semua menggunakan aplikasi dalam telefon untuk penunjuk arah.

Powerbank dan wayar USB

Sumber: techaeris

Bila telefon mudah alih penting dalam kehidupan seharian dan sering digunakan setiap saat sehingga bateri telefon anda kering. Powerbank dan wayar USB adalah penyelamat ‘jantung kedua’ anda.

Kunci

Sumber: security cameras

Sebelum nak keluar dari rumah, pastikan kunci yang penting seperti kunci rumah dan kunci kereta atau motorsikal berada dalam beg anda. Malah, untuk menjimatkan ruang, satukan saja kunci rumah dan kunci kenderaan anda.

Anak kunci yang tidak penting pastikan anda simpan pada satu tempat yang dikhaskan dan anak kunci yang tidak lagi diguna, sila buang ye? Ingat! Jangan sayang benda yang tak berguna.

Dompet

Sumber: charles & keith

Bila dah keluar tu, tak akan lah tak bawak dompet pulak kan?! Nanti macam mana nak membeli belah? Pastikan dompet anda cukup segalanya seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan lain-lain lagi.

Elakkan menggunakan dompet yang berasingan kegunaanya contohnya dompet kad, dompet duit syiling, dompet duit kertas… aduhai! Nanti beg berat dan menyukarkan anda. Apa kata anda satukan saja kesemuanya. Kan lebih mudah!

Alat solek

Sumber: pexels

Nama pun wanita, bahan solekan yang asas wajib ada dalam bag seperti pemerah bibir atau compact powder. Pastikan alat solek yang anda bawa setiapnya satu dan boleh diguna pakai. Tak perlu bawa banyak-banyak sebab nanti anda guna satu je! Percayalah.

 

Penyembur fabrik

Nampak je penyembur fabrik ni macam tak ada fungsi tapi ia snagat berguna kepada wanita untuk menjaga penampilan. Jika anda ingin mengetahui apakah fungsi penyembur fabrik ini, klik SINI untuk informasi lebih lanjut.

 

 

 

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna