Bapa Kejam Cabul Tiga Anak. Ibu Yang Bersalah Ke?

Hasil pemeriksaan doktor pakar Obstetrik & Ginekologi mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa berusia 5 tahun, 3 tahun dan 1 tahun.”

Tugas seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Peranan mereka juga bukan sekadar menyara keluarga, tetapi bertanggungjawab sebagai pelindung, menjaga keselamatan ahli keluarga, memberi kebahagiaan dan kedamaian rumah tangga. Malangnya, pada hari ini terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka sendiri. Perbuatan dan kelakuan mereka lebih kejam daripada binatang. Kisah terbaru yang dilaporkan, seorang bapa sanggup mencabul tiga orang anak perempuan yang masih kecil mengundang kemarahan ramai netizen. Ada juga yang bersedih kerana kanak-kanak malang ini dijadikan bahan pemuas nafsu bapanya sendiri sejak setahun yang lalu tanpa ada sesiapa yang mempercayai apa yang diceritakan.

Menurut HMOnline, lelaki tersebut tergamak mencabul tiga anak perempuannya yang berusia setahun, tiga dan lima tahun sejak tahun lalu. Hasil pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat kesan koyakan lama pada bahagian sulit ketiga-tiga mangsa berusia 5 tahun, 3 tahun dan 1 tahun.

Sumber Foto: clicklancashire.com

Dalam masa sama, anak perempuan yang berusia lima tahun juga memberitahu pernah diperlakukan perkara sama oleh suspek selain turut memberitahu pernah nampak suspek melakukan perkara sama kepada adik bongsu mereka yang berumur setahun. Siasatan juga mendapati, mangsa pernah memberitahu neneknya bahawa kemaluannya sakit akibat ‘dicucuk’ suspek pada 2017, namun ketika itu tiada siapa yang mempercayai aduan mangsa. Ketika itu ibu mangsa membawa anak perempuannya untuk membuat pemeriksaan doktor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), namun doktor menyatakan tiada sebarang kesan mencurigakan. Ketiga-tiga mangsa dirujuk ke Hospital Kajang pada 24 Oktober lalu untuk menjalani pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke wad dan hasil pemeriksaan doktor pakar obstetrik dan ginekologi mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa selain pemeriksaan oleh doktor pakar pembedahan mendapati tiada kecederaan pada bahagian dubur. Susulan itu, tangkapan ke atas suspek dibuat pada 11.45 pagi 25 Oktober lalu di tempat kerjanya di Sungai Long. Suspek ditahan dan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 26 Oktober untuk mendapatkan permohonan reman daripada Majistret. Kes disiasat di bawah Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dengan cadangan suspek dituduh dibawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 2017.

 

SALAH SIAPA?

Persoalan, kenapa kes sebegini masih berlaku dalam masyarakat? Ada yang mengatakan isteri atau si ibu yang bersalah kerana tidak melayan kehendak batin si suami dengan baik, sehingga suami menjadikan anak-anak sebagai tempat memuaskan nafsu seks. Berdendam dengan si isteri tetapi kenapa perlu bertindak kejam dengan menggelapkan masa depan anak-anak yang tidak bersalah. Jika isteri tidak mahu melayan kehendak batin suami, cuba semak kenapa ia berlaku. Barangkali si isteri keletihan dan juga kepenatan dengan tugas seharian yang tidak pernah habis. Di sini lah peranan suami perlu membantu isteri melakukan beberapa kerja rumah. Jika sama-sama bertolak ansur dan tolong menolong, pasti ia tidak terbeban kepada sebelah pihak sahaja. Pasti si isteri gembira dan senang hati dapat melayan suami dengan baik jika ada bantuan daripada si suami.

Namun, kebanyakkan kes memang si bapa atau suami yang bersalah kerana terlampu mengikut nafsu yang tak dibendung. Mereka juga adalah dalam golongan pedofilia yang kadangkala ahli keluarga sendiri tidak sedar penyakit mental yang dihidapi. Apa pun, sebelum melakukan sesuatu, fikir kesan yang akan anda atau mangsa hadapi kelak.

 

PERANAN SEBENAR SUAMI & BAPA

Sumber Foto: google image

  • Suami perlu sentiasa menyayangi sepenuh hati si isteri, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.
  • Seorang bapa perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup dan menjaga kebajikan keluarga.
  • Suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap simpati.
  • Seorang bapa wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak,  menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, dan menjadi teman kepada anak-anak.

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna