Bapa Durjana Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi Supaya Diam!

Ada orang tertunggu-tunggu kehadiran cahaya mata penyeri keluarga. Ada juga yang tidak langsung menghargai kurniaan Tuhan sehinggakan sanggup bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kejadian tragis ini berlaku di Taman Pauh Indah, di Arau pada Jumaat lalu. Hanya kerana tidak tahan mendengar anaknya menangis, seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki itu supaya diam. Malah, bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan melambungnya sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun susulan laporan daripada doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.

“Kita menerima laporan doktor di Bahagian Ibu dan Anak klinik berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaannya mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan. Mangsa juga cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya.

“Ibu mangsa disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,” katanya.

Suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan remannya dilanjutkan sehingga Khamis ini bermula hari ini.

“Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Difahamkan mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.

Ibu perlu main peranan!

Sedihnya dengan perangai manusia yang semakin hilang sifat manusia. Banyak cara boleh kita lakukan untuk mengelakkan tekanan mendengar tangisan anak. Jika merasakan tekanan tersebut, si bapa digalakkan keluar dari rumah dan tenangkanlah fikiran anda. Dalam hal ini juga, si ibu perlu main peranan dengan memujuk anak dan memeriksa keadaan serta tahap kesihatan bayi.

Jika berhadapan dengan suami panas baran sebegini, janganlah berdiam diri wahai ibu. Pergilah ke pihak berkuasa dan laporkan kes anda agar keselamatan anda dan si bayi terbela.

 

 

 

 

 

Baca juga:

Bayi Usia 13 Hari Positif COVID-19 Meninggal Dunia

Elakkan Kematian Kot, Doktor Ini Kongsi Posisi Tidur Bayi Yang Betul.

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna