Banyak Nyamuk Aedes Kat Rumah? Jom Belajar Bunuh Jentik-Jentik Guna Bahan Alami

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Ini kerana berpunca dari pembiakan nyamuk yang tidak terkawal disebabkan oleh sikap kita sendiri.

Tetapi, jika dilihat dari statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 5 Mac 2017, sebanyak 40 kes kematian akibat denggi dilaporkan sehingga 25 Februari 2017. Jumlah itu menurun berbanding 54 kematian bagi tempoh sama pada 2016.

Sumber: internet

Mungkin membuat semburan pada waktu senja di sekitar perumahan serta membekalkan ubat menghapuskan jentik-jentik kepada penduduk adalah salah satu usaha yang diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu menghapuskan aedes.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan saja yang mengambil tindakan, kita sendiri perlu mengambil alternatif dalam menghapuskan pembiakan nyamuk aedes. Jadi, Donna akan memberitahu beberapa tip yang anda boleh lakukan dalam kehidupan seharian anda. Antaranya…

Garam

Sumber: pexels

Selalunya, garam digunakan dalam bahan memasak tetapi tahukah anda, garam juga dapat bertindak dalam menghapuskan pembiakan jentik-jentik yang bersarang di kawasan rumah anda?

Cara menghapuskan jentik-jentik menggunakan garam mudah saja, tabur garam halus di dalam tempat yang mungkin akan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Mudah kan? Pastikan buat ye!

Daun Sireh

Sumber: merdeka

Selain daripada membuat minuman herba, daun sireh juga dapat bertindak dalam membasmi pembiakan jentik-jentik. Caranya agak rumit sedkikit tetapi, untuk kesihatan sekeluarga dan diri sendiri, tak salah jadi rajin sikit.

Rebus beberapa keping daun sireh dan masukkan ke dalam bekas – bekas takungan air. Biarkan selama 15 minit, jentik-jentik pasti mati dan tukarkan air baru! Kalau nak letak air rebusan sireh sedikit ke dalam takungan air pun boleh untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik.

Cuka Epal

Sumber: pexels

Cuka epal selalunya digunakan untuk bahan hidangan perapan ataupun di makan bersama sayuran salad. Malah, ada juga di antara kita meminumnya untuk kesihatan. Namun, cuka epal juga mempunyai kegunaannya yang lain iaitu membunuh dan mengelakkan pembiakan jentik-jentik.

Cuka epal ini sangat sesuai jika anda meninggalkan kawasan rumah anda dalam tempoh yang lama tapi ada bekas yang perlu di isi dengan air. Caranya mudah saja.

  1. Tuang cuka epal beberapa sudu makan cuka epal di tempat sarang larva nyamuk tersebut.
  2. Tutup bekas tersebut.
  3. Selepas seharian, buang air yang ada di dalam bekas tersebut.

Mudahkan? Rasanya semua bahan yang Donna kongsikan ni ada dekat dapur atau kawasan rumah anda. Anda cuma perlu rajin je! Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

Sumber: 99blog

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna