Banyak Ketawa Boleh Buat Kurus!

Macam-macam cara orang buat supaya kurus. Selain dari jaga pemakanan, anda pun kena banyak bersukan. Boleh ke nak buang kalori tanpa bersenam? Jawapannya, boleh!

Kami faham yang anda semua kadangkala tak ada masa nak pergi berlari. Nak buat siapkan keperluan anak lagi. Tak sempat. Jangan risau, sebab banyak sahaja benda yang yang anda boleh lakukan dan yang paling penting, ia membantu membuang kalori dalam badan.

via GIPHY

Ini adalah beberapa benda yang anda boleh lakukan kalau malas bersukan.

Masak

Ya kawan-kawan, memasak pun sangat baik ya untuk buang kalori. Rajin-rajinkanlah diri ke dapur. Nak siapkan bahan memasak boleh membakar 128 kalori. Tu belum lagi kalau anda pergi beli bahan nak masak dekat pasar.

BACA: Adele Dah Kurus, Peminat Pula Ada Yang Tak Suka

Pergi gym

Kalau malas nak keluar, anda boleh je pergi gym. Pergi gym selama 15 minit dah boleh bantu  untuk buang 107 kalori. Tapi, anda disarankan untuk pergi gym selama 30 minit sehari.

via GIPHY

Berdiri

Betul tu kawan-kawan, berdiri dalam train selama 30-40 minit boleh bantu anda untuk membakar 1000 kalori. Kalau nak hilangan penat berdiri, anda bolehlah dengar ebook, mendengar muzik atau baca artikel dekat Donna.

Ketawa

Rupa-rupanya ketawa selama 20 minit boleh membantu membakar kalori sama dengan berlari sejauh 1.5 kilometer. Selain itu juga, ketawa pun boleh kengurangkan stres dan menghasilkan hormon gembira. Apalagi, pergilah tengok siri yang kelakar dekat Netflix atau lepak dengan kawan-kawan yang boleh buat anda pecah perut.

BACA: Makan Sikit, Cepat Pula Lapar! Macam Mana Nak Kurus Ni?

via GIPHY

Bersihkan bilik mandi

Sebenarnya membersihkan rumah pun boleh buat  hilang kalori. Bilik mandi adalah kayu ukur betapa pembersihkan sesebuah keluarga itu. Jadi, jangan lupa sental segala kotoran, lumut dalam bilik mandi selama 20 minit sebab ia boleh bantu bakar kalori.

Sekarang dah tahukan antara aktiviti yang boleh buat korang anda kalori. Lepas ini jangan lupa amalkan tau!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna