Banyak Gangguan! ‘Work From Home’ Lebih Efektif Dengan Trik Ini

Aku tak boleh lah work from home ni, rasa tak produktif. Kerja tak jalan. Susah nak fokus!”

25 Mac Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan perintah kawalan pergerakan akan diganjak sehingga 14 April bagi memutuskan rantaian wabak Koronavirus (COVID-19) yang semakin teruk.

Secara automatik undang-udang sepanjang perintah kawalan pergerakan ini berjalan seperti biasa sehingga 14 April. Susulan daripada berita ini, mungkin ada sesetengah daripada kita merasakan ada bagusnya kerana dapat meluangkan masa lebih bersama keluarga sambil melakukan kerja dari rumah.

via GIPHY

Tapi, sebaliknya pula pada mereka yang terpaksa cuti dan gaji dibekukan. Percayalah, setiap pekerjaan akan ada buruk baiknya dan jangan ingat kerja di rumah juga senang ye. Banyak halangan dam gangguan. Bila dekat rumah siapa je boleh berdisplin? Lebih-lebih rumah meriah dengan ahli keluarga.

Untuk memudahkan anda, ini antara beberapa senarai cadangan yang boleh anda lakukan untuk wujudkan suasana produktif.

Wujudkan suasana pejabat

Dalam bilik anda sendiri, wujudkan suasana pejabat. Elakkan melakukan kerja di atas katil kerana badan anda akan terganggu. Kalau tak percaya, cubalah buat. Silap-silap selepas 10 minit pertama, otak anda tak mampu nak beri fokus dan mata pun mula terasa berat.

via GIPHY

Jadualkan masa

Pilih waktu spesifik untuk anda habiskan semua tuntutan kerja. Sebaiknya pilih waktu sebelah pagi sebab selepas selesai kerja, anda sudah bebas untuk melakukan apa saja aktiviti, tak perlu fikir tentang kerja lagi dah.

Beritahu ahli keluarga

Beritahu ahli keluarga atau kawan rumah untuk tidak menganggu anda sepanjang masa yang dijadualkan. Misalnya anda memberi masa selama 4 jam untuk fokus habiskan kerja. Jadi, sepanjang waktu tersebut pastikan tidak ada siapa menganggu anda melakukan kerja.

Tutup pintu

Paling penting sekali tutup pintu untuk kurangkan gangguan. Nanti bising, memang hilang fokus tapi kalau anda boleh bekerja dalam keadaan bising, cuba pasang lagu. Elakkan mendengar perbualan ahli keluarga atau television. Serba sedikit bunyi ini dapat menganggu fokus anda.

via GIPHY

Kesimpulannya, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Cuba lakukan empat langkah ni terlebih dahulu. Kalau tak menjadi juga, usahakan bagi boleh supaya anda dapat melakukan fardhu kifayah dengan selesa dan tenang.

Selamat bekerja!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Neelofa Kongsi Cara Buat Jus Untuk Musim COVID-19

Makin Teruk! Staf KKM Terpaksa Sarung Plastik Sampah Dijadikan ‘Perisai’ COVID-19

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna