Bantuan Prihatin Punya Pasal, Ramai Berbaris Depan BSN

Isnin, 6 April merupakan hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua rakyat Malaysia kerana kemasukan duit fasa pertama Bantuan Prihatin yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dijalankan.

Seperti yang diberitahu, kepada pemohon yang gagal memohon boleh terus kaunter BSN untuk dapatkan duit bantuan tersebut tapi siapa sangka, hari ini cawangan BSN diserbu oleh ramai rakyat Malaysia.

Sumber: facebook

Keadaan cawangan BSN Raub, Pahang…

Lihatlah video pendek yang berjaya dirakam keadaan cawangan BSN di Raub, Pahang. Bukan main panjang beratur!

Posted by Nurul Chombee on Monday, 6 April 2020

Penerangan dari Jabatan Negeri Perlis

Bukan saja berlaku di Pahang tapi cawangan di negeri Perlis juga beratur panjang sehinggakan pihak Penerangan dari Jabatan Negeri Perlis terpaksa membuat pengumuman ringkas supaya orang ramai beratur dengan menjarakkan diri sejauh satu meter untuk memutus rantaian COVID-19.

Posted by Nurul Chombee on Monday, 6 April 2020

Begitulah keadaan BSN yang sempat dirakam. Semoga semua orang dapat mengamalkan social distance yang diminta untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

Untuk pengetahuan anda semua, kepada pengguna bank BSN duit Bantuan sudah mulai masuk pada 7 April dan mulai 8 April, bank lain pula akan masuk.

Mungkin bagi yang masih mempunyai duit, boleh bawa bertenang dan dahulukan mereka yang lebih memerlukan. Jangan risau, duit Bantuan Prihatin tak lari kerana setiap rakyat Malaysia yang layak akan dapat cuma dapat dan cepat je.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perhatian Semua! Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional M40 & B40

Takut Virus Atau Tuhan? Mufti Selangor Jelas Konsep Sebenar Tawakal

Sumber: AmieSyahmi ,  facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna