Bantu Si Kecil Atasi Takut Dicucuk Jarum

Ish budak ni la! Degil betul, mak panggil doktor suruh cucuk adik nak?

Itulah barisan ayat keramat para ibu bila anak-anak degil tak nak dengar kata. Bukan apa, bila bagi amaran macam tu baru lah mereka ikut cakap. Kalau tak, sepuluh kali cegah, sepuluh kali juga di buatnya. Naik pening kepala dibuatnya! Alahai si manja ni…

Bila fikirkan balik, sebenarnya tak bagus nak menakut-nakutkan si kecil dengan jarum, buruk padahnya sebab nanti perasaan fobia tu akan dibawa sehingga ke alam dewasa. Padahal rasa sakit di cucuk jarum seperti digigit semut api je tapi takut macam nak kena rotan.

via GIPHY

Lagipun, ia untuk kesihatan si kecil. Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan sehingga menganggu psikologi kanak-kanak, anda sebagai ibu kena bantu mereka keluar dari perasaan fobia pada jarum. Apa yang anda perlu lakukan adalah…

Beritahu perkara sebenar

Bila kita beritahu yang mereka harus berjumpa dengan doktor, secara tidak langsung mereka akan fikirkan jarum dan mula bertanya pada anda, “Mak, adik kena cucuk jarum ke?”. Jawapan yang diberikan pastikan tidak menipu, bagitahu mereka perkara sebenar supaya mereka bersedia.

via GIPHY

Beritahu untuk kebaikan

Bila dengan si kecil ni kita kena banyak sabar. Of course mereka akan memberontak tak nak pergi, lepas tahu mereka akan dicucuk. Tindakan yang anda perlu lakukan adalah sentiasa ingatkan mereka bahawa jarum ni sebenarnya memberi kebaikan pada kesihatan mereka. Misalnya, “Nak sihat tak? Nak main kat luar tak? Kalau nak, adik kena cucuk ubat. Sikit je, mama ada dekat sebelah pegang tangan adik ye?”

Yakinkan yang mereka boleh

Masa menunggu giliran di klinik atau hospital, pasti si kecil banyak tanya pada anda kerana kerisauan mereka. Kalau tak tanya pun, pasti menangis tak henti kerana takut. Jangan minta mereka diam atau memarahi mereka tapi anda yakinkan mereka, misalnya “Adik kuat, adik kan superhero …”.

via GIPHY

Beri motivasi selepas dicucuk

Memang mereka akan tetap menangis enggan dicucuk tapi dengan sabar, lambat-laun mereka akan jauh dari perasaan takut. Lepas je si kecil kena cucuk, anda beri lagi motivasi, “Ha, sakit tak? Sakit sikit je kan? Sini peluk mama. Mama tahu, adik kuat tahan sakit!”

Kadang-kala bila ingatkan balik gelagat si manja takutkan jarum boleh senyum seorang diri, alahai si penyeri hidup ni…

Untuk bacaan artikel yang menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Si Kecil Suka Sepah Rumah Tanda Anak Bijak , Zakar Suami Kecil? Posisi Ini Mampu Buat Anda Puas!

 

 

 

 

 

Sumber: parents

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna