Bantal Pun Boleh Jadi Punca Kulit Berkedut? Doktor Ni Ada Cara Paling Pantas Hilangkan Kedutan!

Masa muda dulu manalah kita nak kisah perihal kulit kedut ke tak, sebab kulit waktu muda remaja masih anjal bergetah. Tapi bila umur makin meningkat, sedar tak sedar kulit wajah yang dahulu tegang semakin mengendur. Oh No!!!

Paling sedih tatkala melihat rakan seangkatan yang lain masih kelihatan cantik dan maintain muda walau umur hampir mencecah 40-an. Anda pula mulalah rasa tak senang duduk dan gigih mencari produk anti-aging kan? Hiks! 

Jika anda baca artikel ni, anda boleh dapat tahu 2 perkara penting. Pertama, punca kulit cepat berkedut tanpa kita sedar, dan kedua, apa yang anda boleh lakukan untuk menegangkan semula kulit yang semakin mengendur. Ha, nampak macam ada yang dah bulat biji mata tak sabar nak tahu kan..

Baca punya baca, godek punya godek, ini antara punca kulit wajah cepat berkedut menerusi beberapa portal. Nombor 3 tu paling kita tak sedar. Rupanya hari-hari kita menyumbang kedutan pada wajah..isk..iskkk…

Diet

Biasalah, apa yang kita makan mampu bagi kesan jangka panjang pada tubuh badan termasuklah kulit. Jika anda mengambil gula dalam kuantiti yang banyak, kulit anda akan mengalami proses penuaan lebih cepat daripada biasa. Ini kerana gula dalam badan tersebut akan mengikat kolagen dan ia akan mengeras. Selain tu, pengambilan air yang mencukupi juga penting untuk memastikan kulit sentiasa lembab.

Kulit kering

Untuk anda yang mempunyai kulit kering, potensi untuk garis-garis halus muncul lebih tinggi. Jika dibiarkan garis halus membiak, ia akan menjadi semakin jelas. Aduhai kulit, jangan kedut please!!! Khas untuk anda yang mempunyai kulit kering, lebihkan pelembab pada kulit wajah dan jangan lupa untuk memakainya setiap hari! Paling penting, elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama kerana cahaya UVB mampu membakar kulit. Tapi nak elak macam mana kan, kita duduk di Malaysia…cuaca panas tu normal uols!

Bantal

Ha, jangan terkejut tau. Bantal ni boleh jadi punca untuk kedutan di wajah anda. Walaupun nampak pelik, tapi ada rasionalnya di situ. Sebab kulit muka memang bersentuh secara langsung dengan bantal setiap malam ketika tidur. Jika bantal yang digunakan mempunyai fabrik atau permukaan kasar, kulit muka akan terjejas sama.  Bayangkan anda menggosok kulit wajah pada kain yang kasar tiap-tiap malam. Lama-lama boleh berkedut kulit tu. Nak elakkan daripada ini terjadi, gunalah bantal dengan fabrik yang lembut seperti kain satin. Kan lembut je bila nak menoleh ke kanan dan ke kiri masa tidur kan. 

Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah kulit berkedut dan kendur ni selain daripada faktor usia. Apa yang penting adalah bagaimana anda menjaga kulit daripada sekarang. Tapi untuk geng-geng terlepas bas ni, kulit dah pun berkedut dan memang tak boleh nak patah balik ke usia muda, Donna ada senjata hebat untuk anda kembali muda.

Treatment paling best untuk kulit wajah lebih tegang

Di Bangsar ada sebuah klinik yang mempunyai kepakaran untuk membantu anda lebih yakin dan selesa dengan diri anda sendiri. Segala masalah berkaitan kulit boleh dibantu kerana mereka mempunyai doktor pakar dan teknologi terkini. Nak tahu kat mana?  

Mestilah di DC Clinic. Baru-baru ni, seorang pemenang contest Donna, berjaya mendapatkan rawatan percuma untuk menegangkan wajahnya. Rahida Razak yang pada mula merasakan kulit wajahnya agak kusam, dan selepas melahirkan anak kedua, masalah lain pula timbul menyebabkan wajahnya kelihatan sedikit berisi, kini mampu tersenyum yakin dengan penampilan kulit wajah baru.

Rahida menerima rawatan menegangkan kulit wajah yang bukan hanya mampu menegangkan kulit, tapi juga menjadikan kulitnya bertambah cerah dan lebih berseri. Wajahnya yang dahulu kelihatan sedikit berisi juga bertukar lebih runcing selepas rawatan tersebut. Anda pun boleh lakukannya!

Eh, jangan terkejut kalau kami kata tiada sebarang pembedahan dilakukan untuk mendapatkan hasil tersebut tau. Sebab DC Clinic ni memang menyediakan rawatan paling selamat, paling canggih dan berkesan tanpa pembedahan yang menakutkan.

Antara jenis treatment yang boleh anda lakukan untuk menegangkan kulit wajah adalah seperti, Pico Laser, Pro Yellow Laser, Meso-Lipo, Thread Lift, HIFU dan juga Fillers.

Jom kita lihat bagaimana perubahan drastik pada wajah Rahida dengan menonton video di bawah:

Jika anda berminat untuk melakukan rawatan yang sama, boleh je klik di sini untuk lebih info.  

 

Berita baik untuk anda yang dah tak sabar-sabar nak buat treatment tu, boleh segera ke DC Clinic di Bangsar sebab ada promo best untuk Pico Laser + PRP 20ml + LED Mask hanya dengan harga RM1800 berbanding harga sebenar RM 3280.

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna