Bantal Lebih 3 Tahun Punca Masalah Kulit & Pernafasan Serius

Separuh daripada kehidupan manusia banyak dihabiskan dengan tidur.”

Kegagalan mendapat tidur berkualiti menyebabkan seseorang itu berisiko mendapat pelbagai penyakit serius seperti masalah jantung dan psikologi. Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, ramai yang mengatakan mempunyai bantal empuk dan selesa adalah faktor utama untuk dapatkan tidur yang lena.

Ya! Bantal adalah watak penting yang perlu ada untuk tidur. Ia berfungsi untuk menyokong kepala, leher, bahu, pinggul dan tulang. Namun jika anda salah menggunakan bantal ia boleh menyebabkan kesakitan selepas bangun daripada tidur seperti sakit leher, pinggang, bahu, pinggul, sendi-sendi dan saraf. Dapatkan bantuan daripada doktor pakar atau pakar fisioterapi untuk rawatan dan proses pemulihan jika mendapat sakit yang berterusan.

Sumber: 123rf

 

Selain itu, ramai yang tidak tahu bantal juga penyebab masalah sakit kulit dan pernafasan. Tempoh penggunaan bantal dikatakan hanya untuk jangka hayat dua hingga tiga tahun sahaja. Jangan sayang dan masih ingin menyimpan bantal yang sudah lama. Pentingkan tahap kesihatan anda terlebih dahulu. Kalau anda masih mahu menggunakannya selepas tempoh itu, jangan merungut jika kulit wajah kamu rosak akibat bakteria! Apatah lagi habuk mudah meresap ke dalam kekabu bantal dan menyebabkan anda sering mengalami masalah pernafasan seperti asma dan sinus.

Sebelum membeli bantal baru pastikan bantal yang bakal diletakkan di bawah kepala anda tidak terlalu tebal atau nipis untuk mengelakkan leher berada pada kedudukan tertekan. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk dapatkan tidur yang sempurna dengan menggunakan bantal. Antaranya:

Sumber Foto: Google Image

  • Sebaiknya tidur dengan posisi mengiring atau menelentang. Pastikan bantal cukup tebal semasa tidur mengiring untuk mengurangkan tekanan di bahu, pinggul dan belakang.
  • Jika anda suka tidur meniarap dengan kepala di sisi atas bantal boleh menimbulkan kesakitan. Keadaan ini boleh mempengaruhi mood, kemahiran berfikir dan selera makan. Elak tidur dalam posisi ini tau!

Setiap kali sebelum dan selepas tidur, pastikan anda pegang di kedua-dua bahagian tepi bantal dan lakukan pergerakan menarik serta menolak ke bahagian tengah bantal. Tumbuk bantal di bahagian sisi tepi. Squeeze bantal untuk pastikan kekabu bantal sentiasa empuk dan rata di setiap penjuru bantal.

Sumber Foto: Google Image

Jika bantal anda menjadi semakin menipis, jemurkan dengan segera bantal anda di bawah cahaya matahari dalam masa beberapa jam.

Sumber: 123rf

Rajin-rajinkan juga membasuh bantal ya. Selepas bantal siap dicuci, masukkan ke dalam mesin pengering. Letakkan sebiji bola tenis yang dibalut bersama stokin ke dalam mesin. Bola tersebut akan membantu mengembalikan keempukkan bantal. Jika tidak, bantal anda akan keluar dari mesin pengering dalam keadaan leper. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: FB Ejen Bantal id wikihow

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna