Banjir Ke Tak Kawasan Rumah, Musim Hujan Ni Kena Juga Buat Persediaan

Seperti biasa bila tiba hujung tahun, rakyat Malaysia akan berdepan dengan fasa musim tengkujuh dan itulah yang terjadi sekarang ni. Lebih kurang seminggu negara Malaysia sudah dilanda hujan yang lebat hampir setiap hari sehingga menyebabkan banjir.

Antara negeri yang dilanda banjir sehingga penduduk perlu berpindah ke pusat-pusat penempatan adalah Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

via GIPHY

Mungkin ada yang berada di kawasan yang sukar untuk dilanda banjir tapi apa salahnya kalau kita sediakan payung sebelum hujan. Ingat! Malang tak berbau ye.

Rentetan itu, Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri memberi kesedaran kepada orang ramai menerusi akaun twitter. Antara persediaan awal yang disenaraikan adalah…

  1. Mendengar berita banjir menerusi radio, televisyen, agensi kerajaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  2. Pastikan lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan berada di sekeliling kawasan rumah anda.
  3. Sediakan bekalan peralatan kecemasan dan secukupnya di dalam rumah.
  4. Pastikan seluruh keluarga tahu bagaimana bertindak ketika kecemasan berlaku. Seperti; tutup air dan gas, putuskan sambungan elektrik dan pindahkan perabot, bahan racun perosoak ke tempat yang lebih tinggi.

Sumber: nationalgeographic

Tidak cukup dengan itu, mereka turut memberi senarai barang yang perlu ada dalam beg setiap keluarga untuk memudahkan pergerakkan kita ketika berlakunya banjir. Antara barang yang perlu sediakan dalam beg adalah…

  1. Wisel
  2. Duit
  3. Pakaian
  4. Powerbank
  5. Ubat
  6. Air masak bersih
  7. Makanan bertin
  8. Telefon bimbit
  9. Lampu suluh
  10. Dokumen penting

Apa-apa pun anda haruslah mematuhi amaran pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Jangan bertindak melulu atau cepat panik ya.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Susah Nak Debat Dengan Orang Cetek Ilmu”- Akhirnya Dr. Sheikh Muszaphar Bersumpah

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna