Bangkitkan Keghairahan Bermadu Asmara Di Dalam Kapal Terbang… ‘Why Not’?

Mengapa setiap kali anda dan pasangan ingin melakukan hubungan intim, hanya katil yang menjadi pilihan untuk  memenuhi keperluan itu? Tidakkah anda dan pasangan merasa bosan? Hubungan asmara yang sepatutnya hangat kini lama-kelamaan bertukar menjadi sesuatu yang hambar. 

Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin sebenarnya lebih berpuas hati dengan kehidupan seksual mereka. Tinggalkan katil yang sudah menjadi rutin itu dan beralihlah kepada lokasi yang baru. Nyalakan kembali api asmara yang semakin malap itu.

  • Air Terjun

Deruan air yang menghempas batu dan keadaan sekeliling yang dipenuhi bunyi alam semula jadi boleh membangkitkan mood anda dan pasangan. Satu pelukan kemas dan kucupan di dahi sudah cukup untuk menzahirkan isi hati anda. 

  • Kolam Renang

Goda pasangan anda untuk berendam di waktu malam. Berada di bawah cahaya bulan dan bintang tentu sahaja romantik. Jika anda sukakan cabaran, berendam di waktu siang juga tiada masalah. Janji pandai cover line

  • Bilik Persalinan

Sambil anda menggayakan pakaian baru ke badan, ambil peluang ini untuk ‘bermanja’, namun awas jangan sampai tertangkap kerana banyak bilik persalinan kini diawasi dengan ketat. 

  • Gimnasium

Peluh yang keluar membasahi baju anda sebenarnya boleh membuatkan pasangan berasa gersang kerana dia pasti sahaja terbayang saat anda diranjang. Ketika berada di gim, bantu pasangan anda mengunakan alatan sukan yang sedikit berat, curi-curi menyentuh bahagian sensitifnya, biar dia terkejut dan terangsang pada masa yang sama. 

  • Tandas Pesawat

Masa terbaik untuk ke tandas adalah ketika pesawat berada 30,000 kaki di udara atau selepas juruterbang memadamkan isyarat tali pinggang keledar, penumpang lain tidak akan berebut untuk ke tandas, kerana minuman akan dihidangkan dan pesawat baru sahaja berlepas. Selesaikannya dengan pantas!

  • Persisiran Pantai

Matahari terbit atau terbenam tidak menjadi isu, pilih salah satu yang sesuai dengan diri anda, bawa bersama selimut atau hamparan untuk lebih selesa. Tiada yang lebih indah dari menikmati pemandangan yang menakjubkan bersama orang tersayang.

  • Gazebo

Ruang rehat ini biasanya digunakan untuk bersantai di waktu petang. Anda dan pasangan juga boleh ‘beriadah’ di sini jika pandai menyusun atur gazebo agar kelihatan lebih selesa. Ruang yang luas dan berangin sambil dihiasi langsir jarang berwarna putih pasti membangkitkan nafsu.

  • Bilik Sauna

Melakukan hubungan seks di dalam bilik sauna bukan sahaja dapat membantu proses detoksifikasi badan malah dapat merangsang penghasilan endorfin iaitu satu reaksi kimia yang menyebabkan seseorang itu berasa lega dan tenang. Pastikan anda keluar semula selepas 45 minit!

  • Jakuzi 

Lelaki atau wanita sebenarnya mempunyai kecenderungan yang sama apabila berbicara soal ‘berahi’. Hanya konsep keterbukaan sahaja yang menjadi perdebatan. Hidupkan suasana dengan taburan bunga segar serta semburkan wangian yang tidak keterlaluan. Maksimumkan penggunaan ruang jakuzi dengan sekreatif mungkin untuk kepuasan berganda. 

Keinginan seksual diantara pasangan wajib sentiasa dihidupkan. Usah jadikan usia perkahwinan yang semakin ‘matang’ sebagai noktah lalu terus mengabaikan keperluan rohani ini. Sesekali ajaklah pasangan anda keluar dari ‘comfort zone’ dan saling bertolak-ansur untuk nikmat bersama. 

 

 

Penulis: Aya Rahim

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna