Bangga! Selebriti Kongsi Keputusan Cemerlang SPM Anak Mereka

Semalam kecoh seluruh Malaysia dengan keputusan SPM 2019. Satu-satunya sijil yang menentukan ke mana hala tuju anak remaja kita. Apa yang membanggakan kebanyakan para pendidik adalah peratusan pelajar cemerlang meningkat berbanding tahun sebelum ini.

Begitu juga ibu bapa yang turut bangga apabila anak mereka meraih keputusan cemerlang.  Lihat sajalah pendakwah bebas, Dato’ Ustaz Kazim Elias dan juga pelakon Azhar Sulaiman mereka berasa teruja dengan berkongsi berita gembira di media sosial tentang keputuasan anak mereka.

Tahniah buat anak!

Sumber: fbustazkazim

“Kembar saya berjaya dalam keputusan SPM mereka…”

Sementara itu, pelakon Azhar Sulaiman turut berkongsi keputusan SPM anak kembarnya Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin menerusi laman Instagram miliknya.

“Syukur alhamdulillah, kembar saya, Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.

Zillion terima kasih kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik. Awak ibu yang terbaik,” tulisnya ringkas pada kapsyen posting tersebut.

Sumber: instaazharsulaiman

Apa pun tahniah kepada semua pelajar yang meraih straight A SPM 2019!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai

“Kalau Dah Potong Pun, Kau Tetap Jantan!”- Ustaz Kazeem Bersuara Isu Lelaki Bertelekung

5 Soalan Wajib Anda Perlu Selesaikan Sebelum Mulakan Perniagaan

 

 

 

 

 

 

Sumber: fbustazkaziminstaazharsulaiman

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna