Bancuh Air Panas Ala-Ala Mamak ‘Style’, Biar Suami Bawa Sampai Ke Mimpi

Milah, abang pergi kedai mamak lepak dengan kawan. Lama dah tak pekena air kopi kat sana”

Mesti ada sesetengah suami anda pernah terpancul ayat ni dari mulut mereka kan? Kadang cemburu dengan peniaga mamak tu, apalah rahsia sampai sedap sangat air panas mereka buat tu. Hm, nak buat macam mana, air panas dekat rumah tak cukup kaw!

Tak apa, mulai hari ni jangan cemburu dengan pekerja mamak tu dah sebab Donna sebagai suri rumah merangkap wanita bekerjaya ni, nak kongsi dengan anda cara bancuh air panas ala-ala mamak style. Biar nanti dia tak ada alasan dah nak keluar malam semata nak minum air panas mamak.

via GIPHY

Jangan risau, cara ni langsung tak ada sebarang penggunaan unsur jampi sihir hitam ye. Ni tip ikhlas dari hati yang penuh dengan kasih sayang. Okay, caranya adalah….

Bahan-bahan:

  1. Serbuk nescafe
  2. Susu pekat
  3. Susu cair lemak
  4. Air panas

Cara penyediaan:

  1. Masukkan 2 sudu kecil serbuk nescafe
  2. Masukkan air panas setengah daripada cawan atau jug
  3. Masukkan susu cair separuh tin
  4. Kemudian kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, tambahkan lagi air panas sehingga penuh jug.

Lagi satu, jug air setiap rumah mestilah lain-lain isipadu kan? Jadi, untuk dapatkan rasa manis yang berlemak. Tambahkan je susu cair sehingga rasa yang padu dan enak!

Tip lain lagi, kalau nak suami teringat-ingat sampai bawa ke mimpi air panas dari air tangan kita ni. Caranya mudah je, sambil kacau air sambil tu cakap yang baik-baik. Misalnya, “tambahkanah rasa sayang suamiku terhadap diriku”.Hiks!

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut: Beri Si Manja Snek ‘Fruit Pops’ Untuk Zat Vitamin C , Hidangan Sarapan Pagi 10 Minit, Resipi Ini Mampu Jimatkan Masa

 

Keyword: Donna X Tulus

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna