Balik Dari Umrah, Amyra Rosli Ambil Keputusan Untuk Berhijab?

Wajahnya sering disamakan dengan pelakon jelita Indonesia, Nia Ramadhani. Siapa lagi kalau bukan pelakon Nur Amira Izzati binti Rosli atau lebih dikenali dengan nama samaran, Amyra Rosli.

Apa yang membuatkan kami ingin bercakap tentang pelakon utama drama bersiri Nur  ni adalah penampilannya kelihatan berubah selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Oktober lepas. Lebih ketara lagi, apabila dia menghadiri satu program hiburan dengan menampilkan gaya hijab.

Biasalah bila nama dah terkenal di media hiburan, segala gerak-geri kita diperhatikan sehinggakan bila gaya berubah sikit pun orang sekeliling perasan. Apabila sebuah portal menemubual pada dirinya dengan bertanyakan soal penampilannya yang kerap berkongsi gambar berhijab, Amyra  menjawab….

“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter yang saya bawa dalam drama, okay biarkan. Namun sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri” jelasnya.

Bagaimanapun, dia turut mengakui dia amat selesa menyarung tudung. Kebetulan sebelum Amyra pergi mengerjakan umrah, dia perlu menyarung tudung memandangkan watak yang dipegang menerusi drama terbarunya ini, Cemburu Seorang Perempuan memerlukan dirinya berhijab di set penggambaran.

Tak apa lah, tak kira lah lama mana pun kita sudah berubah dalam melakukan kebaikan, yang penting istiqamah dan niat yang betul. Jangan nanti on off pakai tudung pula macam sesetengah artis lain tu, ops!

Apa pun kami doakan keputusan Amyra untuk berhijab akan kekal sampai bila-bila.

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, klik saja senarai di sini:

Fesyen Minimalis Untuk Hujung Minggu ,

Jangan Syampu Je, Cuba Tambah Ekstrak Ini Untuk Rawat Rambut Bermasalah

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna