Baju Tidur Melambangkan Personaliti Anda. Mana Yang Suka Baju Kelawar Wajib Baca!

Apa yang anda pakai setiap hari mencerminkan identiti anda termasuklah baju tidur. Eh, apa kaitan baju tidur dengan personaliti pula kan? Siapa yang suka pakai baju kelawar tu meh baca personaliti yang mungkin baru anda sedar.

Related image

Sumber: amazon

Siapa dekat sini yang suka dengan baju tidur satin sebenarnya dia adalah seorang yang sofistikated dan dalam masa yang sama suka mengekalkan ciri elegan walaupun hanya baju tidur. Pakaian tidur yang diperbuat daripada material satin memberikan unsur seksi dan menampakkan anda kelihatan mewah.

Related image

Sumber : VintageDancer

Bagi anda yang gemar memakai gaun tidur, anda sebenarnya seorang yang klasik secara dalaman. Jika imbas kembali cerita Cinderella di mana seorang puteri memakai gaun tidur dan hidup mewah dalam istana menunggu seorang putera raja. Pasti anda sukakanya kerana pakaian tersebut mewujudkan elemen fantasi dan tradisional. Wah nak tidur pun sempat berimaginasi lagi!

Image result for women in sleepwear

Sumber : Picswe

Jika anda memilih T-shirt sebagai pakaian tidur anda, sebenarnya anda adalah seorang yang sangat simple dan sempoi! Anda lebih sukakan fabrik yang lembut dah tidak panas kerana anda sangat mementingkan keselesaan ketika tidur. Bukan itu sahaja, t-shirt yang dijadikan sebagai pakaian tidur menunjukkan bahawa anda seorang yang pandai menghargai masa. Tak perlu pening fikir nak pakai apa, kan mudah padankan seluar dan t-shirt. Memang selesa.

Image result for baju kelawar

Sumber : Rojakdaily

Baju kelawar memang jadi favourite untuk dijadikan pakaian semasa tidur betul tak? Walaupun ia bersifat tradisional tetapi bila anda pakai terus jadi macam perempuan Melayu terakhir. Haa sebenarnya baju kelawar ni menggambarkan identiti anda yang tidak lupa akan asal usul. Corak dan warna yang dipilih akan memberi aura positif kepada si pemakai yang mampu menampakkan anda kelihatan cantik dan ayu. Wanita yang suka memakai baju kelawar juga seorang yang easy-going! 

Related image

Sumber : Bare

Anda yang memakai sej pajama sebenarnya berjiwa feminin dan dalam masa yang sama anda seorang yang suka kesempurnaan. Ini kerana set pajama akan didatangkan dengan pakaian lengkap baju dan seluar yang mempunyai sama corak dan warna. Tapi tidak kisahlah walau apa jua pakaian tidur anda yang anda pakai, janji setiap apa yang anda pilih dapat membuatkan anda menjadi seorang yang lebih konfiden dan menjadikan waktu tidur anda saat yang paling menyeronokkan.

 

 

 

 

 

Sumber : Wanista

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna