Bajet Lari? Ini Tip Penting Kalau Tak Nak ‘Shopping’ Barang ‘Makeup’ Ikut Nafsu

Hey women! Bagi anda yang bukan kaki makeup tu, pernah tak teringin nak terjebak dalam dunia solekan tapi takut bajet tak cukup? Yelah zaman sekarang ni, kalau buka je media sosial mesti nampak wanita-wanita cantik siapa je yang tak jealous. Nak nampak cantik ni bukan kena duduk diam ye, tapi usaha tu penting.

Haa, perkongsian kali ini penting untuk semua wanita di luar sana, tidak kira sama ada yang baru berjinak dalam dunia solekan atau memang gilakan makeup tentang tip mudah untuk kawal nafsu anda supaya tidak mengikut nafsu bila shopping barang makeup. Donna faham tambah lagi bila buat sales tu, memang rasa nak beli je semua.

Image result for skin preparation before makeup

Sumber: lorealparis

Prep Kulit Dengan Betul

Kalau nak jimat dan dapat solekan yang cantik, penting untuk anda prep wajah terlebih dahulu. Okay jap prep tu apa? Mungkin ada yang masih tidak tahu, ia adalah proses penyediaan (prepare) kulit muka sebelum anda memulakan solekan. Cleanser, penyegar, pelembap dan sunscreen memang penting untuk menghasilkan makeup anda tampak kemas, flawless dan tidak bercapuk.

Gunakan Lipstick Merah Untuk Tutup Cela

Letak foundation banyak-banyak sebab nak tutup cela ? Eh salah tu, macam mana nak jimat dan dalam masa yang nak jaga muka kalau anda guna bedak asas yang terlalu tebal di muka. Okay why not, anda letak sahaja gincu merah pada kawasan yang mempunyai tona lebih gelap seperti parut, bawah mata atau jerawat. Kemudian, baru anda sapukan bedak asas ke serata wajah.

Image result for put concealer first or foundation

Sumber: dermaland

Concealer Dulu Baru Foundation ?

Sebenarnya cara ni untuk memastikan anda dapat ‘canvas’ yang bersih kerana segala cela akan tertutup dengan menggunakan concealer serta mengelakkkan anda memakai foundation yang berlebihan. Kaedah ini dapat membantu anda menjimatkan kos dari segi penggunaan bedak asas kerana harganya di pasaran lebih tinggi berbanding barang makeup yang lain.

Kenal Pasti Makeup Sponge Yang Betul

Kadang-kadang mungkin ramai wanita yang tidak perasan tentang perkara ini, penggunaan sponge atau makeup brush yang tidak bagus akan menyebabkan anda gunakan produk secara berlebihan dan berlaku pembaziran. Bukan itu sahaja, teknik dab secara lembut adalah teknik paling tepat untuk penggunaan makeup sponge.

Nak cantik jangan sampai membazir, act smart women!

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Kajian Bukti Wanita Punggung Besar Bukan Hanya Bijak Malah Lebih Sihat

 

 

 

 

Sumber: chiquecosmetics 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna