Bajet 2019 Memperuntukkan RM 20 Juta Untuk Program Saringan Payudara, Vaksin dan Pap Smear

Pengetahuan mengenai pentingnya kesihatan terutama di bahagian faraj perlu disampaikan secara menyeluruh bagi membolehkan semua wanita mendapat kefahaman mengenai pentingnya amalan gaya hidup sihat.

Ini kerana, menurut sumber yang ditulis oleh Dr Shepherd melalui The New Era, setiap seminit seorang wanita di dunia didiagnos dengan kanser serviks.

Di negara kita pula, sebuah kajian melaporkan bahawa kanser serviks ini adalah kanser kedua yang paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia.

Sumber: blogspot

Mengetahui hal ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membentangkan bajet 2018 pada Jumaat yang lepas di Dewan Rakyat. Antara perkara yang disentuh ketika pembentangan tersebut adalah Pap smear.

Menerusi ucapan beliau dalam pembentangan Fokus Kedua; Memastikan Kesejahteraan Rakyat dalam strategi 6 yang menyentuh tentang Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan dan Perlindungan Kebajikan Sosial.

Kerajaan akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV serta ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan 35 peruntukan sebanyak RM20 juta yang akan memanfaatkan seramai 70,000 wanita di seluruh Malaysia.

Jadi, diharapkan rakyat Malaysia menggunakan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan ini sebaik yang mungkin supaya dapat menurunkan peratusan mengidapi penyakit kanser serviks!

Lebih baik mencegah daripada mengubati.

 

 

Sumber: HM

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna