Bajet 2019: Kerajaan Menyediakan Insentif & Inisiatif Untuk Wanita Bekerjaya dan Suri Rumah

Kebetulan, Donna pernah membincangkan tentang wanita bekerjaya dan suri rumah. Anda boleh menonton video di bawah untuk hiburan anda.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan hidup di zaman serba moden, taraf pendidikan wanita juga semakin tinggi. Terdapat ramai golongan wanita yang berjaya menyambung dan menghabiskan pengajian di menara gading setaraf dengan golongan lelaki. Kelulusan akademik yang mereka ada sekaligus menjadikan penyertaan wanita di pasaran tenaga kerja Malaysia semakin menonjol.

Penyertaan ini bukan hanya tertumpu kepada bidang pekerjaan yang dikaitkan dengan wanita, malah menyeluruh dalam pelbagai bidang lain.

Sebagai bukti, bidang pekerjaan yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki, kini turut disertai oleh golongan wanita. Contohnya bidang kejuruteraan, badan beruniform, minyak dan gas dan lain-lain lagi.

Sumber: thereporter

Menurut laporan yang baharu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah, jika tahap penyertaan wanita dalam tenaga kerja ditingkatkan sebanyak 30%, ianya akan meningkatkan KDNK Malaysia antara 7% hingga 12%.

Oleh itu, kerajaan merangka dasar untuk menggalakkan wanita untuk bekerja dalam bidang mereka dengan menyediakan:

1.Peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan untuk meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja. Malah, kerajaan juga akan terus menggalakkan dan memberi insentif kepada sektor swasta bagi memastikan peluang pekerjaan yang saksama bagi wanita.

2. Kerajaan komited ke arah meningkatkan penglibatan wanita di peringkat kepimpinan selaras dengan sasaran 30% daripada pembuat dasar dan keputusan.

3.Kerajaan juga telah mencatat sejarah melantik seorang wanita sebagai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di samping 4 Menteri wanita. Pada masa ini, hampir 36% daripada
penjawat awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah terdiri daripada wanita.

4. Kerajaan akan menggalakkan penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan sektor swasta kerana hanya 23.2% wanita menjadi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat
utama yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Oleh itu, syarikat swasta 71 disarankan untuk meningkat penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan, ke arah mencapai sasaran 30% menjelang tahun 2020.

5.Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga memberi inisiatif kepada wanita yang bergelar suri rumah dengan mewujudkan  program eKasih di mana kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. 

Sumber: BH

6. Sebanyak RM45 juta diperuntukkan untuk skim ini dan melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna