Bahayakan Nyawa Tersayang, Wanita Sarat Mengandung Positif COVID Balik Kelantan

Selain kasihan dengan apa yang menimpa wanita ini, ramai juga marah dek kerana tindakkan tidak bertanggungjawab si ibu sarat mengandung ini.

Yela, dik non oi! Orang lain sanggup menangis menahan diri daripada pulang ke kampung mengenangkan keselamatan mak ayah tersayang, namun masih ada yang bertindak kurang waras yang akhirnya mendatangkan kesusahan kepada yang lain.

Seperti yang pernah Donna kongsikan sebelum ini, tidak semua mereka yang positif COVID mempunyai simptom yang nyata kerana mereka ini digelar sebagai silent infection. Walaupun tiada simptom yang jelas dan nyata, virus sudah pun berada di dalam badan pesakit dan mampu disebarkan kepada kontak terdekat.

Baca: 7 Orang Positif Koronavirus Di Malaysia. Hati-Hati Dengan ‘Silent-Infection’!-Doktor Pakar

Apa yang berlaku kepada wanita ini, dia dikesan merentas sempadan negeri di luar tempoh dibenarkan pihak berkuasa baru-baru ini. 20 kontak rapat dikenakan kuarantin  selain ahli keluarga terdekatnya.

Nak bersalin kat kampung

Katanya nak balik kampung sebab mahu bersalin anak kedua di kampung halaman dan wanita ini nekad pulang dari Ampang, Kuala Lumpur ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu.

Tindakkan wanita ini sungguh membahayakan sebab dia tidak mempunyai tanda-tanda menyebabkan dia bebas bergerak.

Masih ada yang pentingkan diri

Fuh, percaya atau tidak golongan mementingkan diri seperti ini memang masih wujud. Dalam kita mengira hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, masih ada lagi mereka yang seboleh-bolehnya berusaha untuk pulang ke kampung untuk menyambutnya dengan mak ayah tersayang.

Cuba anda fikirkan semula, adakah tindakkan itu dilakukan kerana sayangkan ibu bapa atau kerana sifat pentingkan diri sendiri yang tidak sanggup beraya di perantauan? Jujur penulis sungguh kecewa dengan perangai segelintir masyarakat yang masih tidak sedar betapa getirnya situasi kita waktu ini.

Bak kata orang dulu-dulu, jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Tidakkah anda kasihan dengan pengorbanan frontliner kita selama ini? Pilihan di tangan anda dan bertindaklah dengan bijak.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna