Bahaya ‘Upload’ Gambar Anak Di Media Sosial Elak Jadi Mangsa Pedofilia

Tidak kira tua mahupun muda, aktiviti wajib yang anda akan buat setiap hari mesti update segala perkara di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Ia seperti satu kemestian, kalau tak post dekat media sosial mesti rasa tak lengkap betul tak? Haa tapi ramai ibu bapa terlepas pandang dan memandang remeh dengan memuat naik gambar anak-anak dan aktiviti mereka sehingga ia dapat dimanipulasikan oleh golongan pedofilia dengan tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda jenayah pedofilia adalah pelaku seks atau individu yang mudak terangsang secara seksual pada kanak-kanak dan ia juga dianggap sebagai satu penyakit mental yang boleh memudarakat golongan kanak-kanak. Terbaru seorang warga Malaysia yang pernah melanjutkan pelajaran di London telah dijatuhkan hukuman penjara di atas kesalahan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan niat untuk mengedarkannya.

Apa yang lebih menakutkan, ibu bapa seharusnya lebih berhati-hati dan menitikberatkan tentang aktiviti anak anda dan pakaian mereka semasa mengambil gambar kerana golongan pedofilia sering kelihatan seperti sukakan budak-budak tetapi hakikatnya mereka tertarik dengan susuk tubuh terutamanya di bahagian payudara dan kemaluan.

Related image

Sumber: barne

Kalau Nak Upload Juga Macam Mana?

Tak salah untuk berkongsi tapi anda perlu fikir terlebih dahulu dan memastikan setiap tindakan yang anda lakukan tidak menyesal di kemudian hari. Tujukan 4 soalan ini, sebelum anda memuat naik gambar anak-anak anda ke dalam media sosial iaitu :

  1. Mengapa anda kongsi gambar tersebut?
  2. Adakah anda mahu orang lain kongsi gambar tersebut di media sosial mereka?
  3. Adakah saya mahu imej kanak-kanak ini dilihat dan dimuat turun oleh pemangsa di dark web?

Berhati-hati untuk memuat naik gambar anak anda kerana mereka adalah permata yang amat berharga dan tidak boleh diganti dengan yang lain.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini:

Tip Memasak Paling Sempoi Jika Anda Ingin Melancong Ke Luar Negara

 

 

 

Sumber: aseanparent

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna