Bahaya Tidur Lebih 30 Minit Waktu Siang Ni, Sebab..

Bila bulan Ramadan tiba bukan hanya corak pemakanan berubah tapi waktu tidur anda juga akan berubah. Kadang-kadang mesti rasa susah nak bangun pergi kerja, sebab dah bangun awal ketika sahur. Rutin ini akan membuatkan anda berasa mengantuk di pagi hari dan kemungkinan anda akan terlelap dekat office. Jangan sampai berdengkur pulak ye, malu nanti! Jika berpuasa kebiasaanya anda akan tidur selama 5-6 jam tetapi waktu tidur yang berkualiti adalah 7 hingga 8 jam sehari.

Image result for hungry

Sumber : neurogum

Tidur pada siang hari sememangnya digalakkan tetapi ianya haruslah tidak melebihi 30 minit. Tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu elakkan untuk tidur secara berlebihan kerana ia akan memberi kesan buruk pada tubuh badan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh cenderung kepada penyakit diabetes jika tidur yang lama.

Related image

Sumber : boldsky

Ambil masa untuk tidur sekejap, jika anda menaiki pengangkutan awam mungkin anda boleh tidur dalam masa 15-20 minit sementara menunggu perjalanan untuk sampai ke tempat kerja. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, pastikan anda tidur terlebih dahulu sebelum bergerak ke office. Ini kerana bahaya jika anda memandu dalam keadaan yang mengantuk. Tidur di siang hari ketika bulan puasa bukan sahaja dapat memperkuat daya ingatan tetapi dapat mengawal fokus anda dalam melakukan kerja seharian.

Image result for sleep in train

Sumber : abc

Tidak makan selama 13 jam pasti membuatkan anda berasa lapar dan letih. Mungkin ada di antara anda yang sudah terbiasa membuat kerja di siang hari sambil mengunyah makanan tetapi pada bulan puasa anda harus tunggu waktu berbuka nanti. Alternatif lain untuk mengelakkan anda berasa lapar dan lesu adalah dengan tidur sebentar kerana ia akan mengatur semula rasa lapar dan nafsu makan.

Related image

Sumber : sheamazing

Mungkin pengambilan air ketika bulan puasa agak kurang, dan ia akan menyebabkan bibir anda kering dan merekah. Kulit wajah anda akan turut jejas, jadi dengan mengambil masa untuk tidur sekejap di siang hari mampu mengembalikan kesihatan kulit kerana semasa anda tidur ia akan berlaku proses regenarasi kulit dan membantu melembapkan kulit serta kelihatan lebih segar.

Biasalah bulan puasa ni ramai penat, kadang-kala sampai terlebih-lebih tidurnya. Kalau nak elak tidur, apa kata kita shopping secara online. Kasut dan beg tangan cantik daripada Christy Ng mesti sesuai untuk raya yang lebih glamour. 

 

 

 

 

Sumber : kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna