Bahaya Memandu Di Jambatan. Lakukan Ini Jika Kereta Terhumban Ke Dalam Air!

Beberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya di Jambatan Pulau Pinang membabitkan kereta SUV yang terbabas lalu terhumban ke dalam laut.”

Misi mencari mangsa yang terlibat mengambil sedikit masa kerana keadaan cuaca dikatakan tidak baik serta laut bergelora. Semalam kenderaan bersama mangsa berjaya dinaikkan dengan bantuan sebuah kren berserta anggota keselamatan. Ini bukan kejadian dan kemalangan kenderaan terhumban ke dalam laut yang pertama berlaku di lokasi terbabit. Banyak kes kemalangan yang telah berlaku sehingga melibatkan banyak nyawa melayang.

Sumber Foto: amazingnara

Ketika berada di atas jambatan, pastikan anda memandu kenderaan dengan penuh berhemah dan berada pada kelajuan yang sepatutnya. Awasi jarak kenderaan anda antara satu sama lain. Ramai yang suka memandu dengan laju di atas jambatan kerana fizikal jalan di atas jambatan yang dikatakan agak lurus dan menyeronokkan jika menekan pedal minyak dengan rapat. Hati-hati ya! Sebenarnya memandu di atas jambatan adalah sesuatu yang berisiko dan sangat bahaya. Jika perlu menggunakan jambatan tidak kira samada panjang atau pendek untuk menyeberangi laut atau sungai untuk ke seberang destinasi, bagi pemandu teruskan fokus kepada pemanduan anda. Biarkan penumpang anda sahaja yang menghayati atau melihat pemandangan kiri kanan yang mungkin menarik.

 

Panduan Menyelamatkan Diri Jika Kenderaan Terhumban Ke Dalam Laut

Sumber Foto: chroniclelive

Bagaimana pula jika takdir anda terlibat dalam kemalangan jalanraya dan kenderaan terhumban ke dalam laut? Mungkin ada yang mengatakan dalam kesakitan, ketakutan atau kekalutan ketika kenderaan sudah tenggelam agak sukar untuk menyelamatkan diri. Namun tidak mustahil, mangsa yang terlibat dapat menyelamatkan diri mereka jika mempunyai sedikit pengetahuan mengenai cara-cara menyelamatkan diri ketika kecemasan tatkala kenderaan terjunam ke dalam sungai, laut, tasik atau juga ketika dibawa arus sewaktu banjir.

Sumber Foto: pandulaju.com

Dikatakan sebaik sahaja kenderaan mula tenggelam di dalam air, tekanan air yang menolak pintu kereta anda ialah seberat 386kg yang bersamaan berat seekor harimau Siberia dewasa. Maka ia mungkin sukar bagi seorang manusia biasa untuk membuka pintu kenderaan tersebut. Di dalam filem mungkin nampak senang namun hakikatnya perbuatan tersebut adalah mustahil. Jadi apa yang perlu dilakukan jika anda terlibat dengan situasi begini?

  • Bertenang

Apa jua situasi kecemasan yang berlaku dalam kehidupan samada kebakaran atau kemalangan anda perlu bersikap tenang. Ia paling utama. Cakap memang senang, sebab kita bukan individu yang berada ketika itu. Ya betul! Sebab itu mulai hari ini, setiap manusia perlu belajar untuk bersikap tenang. Berada dalam keadaan tenang akan menyebabkan seseorang itu tidak panik, lebih bersikap waras dan boleh bertindak dengan segera.

  • Pantas Buka Tingkap Atau Pintu

Jika masih berada dalam keadaan sedar, segera capai tombol pintu dan buka. Begitu juga dengan cermin, ambil peluang untuk membuka cermin untuk menyelamatkan diri daripada terus tenggelam ke dasar bersama dengan kenderaan. Jangan lupa untuk tanggalkan tali pinggang keledar dan arahkan penumpang lain jika ada lakukan perkara yang sama. Semuanya perlu dilakukan dalam keadaan yang pantas, pantas dan pantas!

  • Tunggu Kereta Tenggelam Sepenuhnya & Buka Pintu

Jika kenderaan anda telah tenggelam dan anda tidak sempat lakukan perkara di atas, bertenang seketika dan biarkan ruang dalam kereta dipenuhi air dan udara keluar. Tekanan air yang masih kuat akan menolak pintu kereta dan menghalang daripada keluar. Apungkan diri dan tahan nafas sebaik saja air mencecah paras atas siling bumbung kereta. Kemudian, tanggalkan tali pinggang keledar dan bukan pintu kereta. Gunakan kaki dan bahu jika pintu agak sukar dibuka.

  • Ketuk Cermin Dengan Tukul Kaca

Ini adalah cara paling mudah dan cepat. Setiap kenderaan disarankan untuk memiliki tukul kaca ini dengan diletakkan di bahagian paling senang dicapai seperti di poket belakang kerusi pemandu. Dengan tukul kaca, cermin kereta boleh dipecahkan dengan sekali hentakan. Air deras akan menerpa masuk, tetapi jangan mudah panik. Tahan nafas dan terus berenang dengan pantas.

Ajal dan maut memang sudah ditetapkan namun anda mungkin boleh mengubah nasib anda dengan panduan dan teori keselamatan yang diberikan ini. Selain itu, pastikan anda sentiasa berhemah dan memandu kenderaan dengan selamat.

 

 

Sumber: pandulaju.com

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna