Bahaya Ke Kalau Lutut Ada Bunyi ‘Pop’?

Nyilunya rasa kalau nak turun tangga atau cangkung. Kadang tu bila bengkokkan lutut je mesti bunyi meletup!”

Kalau dengar bunyi pop dekat bahagian sendi, rasa diri ni dah tua sangat sampaikan rasa tulang ni macam nak patah. Terutama kalau bunyi bahagian lutut, aduhai!

Untuk pengetahuan anda semua, hampir kesemua sendi pada tubuh kita diliputi dengan lapisan pelindung yang mengandungi cecair synovial. Cecair ini berfungsi sebagai pelincir pada sendi, membolehkan sendi kita bergerak dengan licin dan lancar.

via GIPHY

Mana datangnya bunyi pop?

Dalam pada masa yang sama, bahagian dalam cecair tersebut timbul gelembung udara yang kecil dan apabila sendi digerakkan, gelembung udara tersebut akan terlepas dan menyebabkan tisu ligamen yang berhampiran mengeluarkan bunyi pop atau berdetak.

Fenomena ini dipanggil crepitus, yang mana merujuk kepada bunyi pada sendi dan otot. Jangan risau, bunyi tersebut tak merbahaya tapi crepitus juga boleh menjadi simptom kemerosotan sendi yang membawa kepada penyakit Osteoarthritis.

via GIPHY

Apa berlaku kalau sendi sakit berpanjangan selepas terdengar bunyi meletup?

Jadi, jika bunyi letupan tersebut memberi kesan buruk pada anda seperti rasa sakit berpanjangan, seperti dinyatakan di bawah, anda harus menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor.

  1. Crepitus diikuti oleh rasa sakit pada sendi.
  2. Crepitus berlaku secara kerap pada sendi yang sama.
  3. Crepitus diiringi oleh rasa kaku, sengal dan bengkak pada sendi.
  4. Mengalami rasa sakit pada pada sendi selepas pergerakan sendi yang berpanjangan, contohnya selepas berjalan, memanjat tangga atau berlari.

Siapa yang selalu kena sakit sendi?

Para perubatan mendapati, golongan wanita tidak kira berapa angka usia lebih berisiko mendapat penyakit sendi atau ACL (Ligamen Kurisiat Anterior) berbanding lelaki.

Namun, kecederaan sendi ini juga boleh berlaku pada mereka yang terlalu aktif bersukan seperti futsal, badminton, tenis, bola sepak dan bola jaring.

Kesimpulannya, bila bersukan jangan melebihi kemampuan dan elakkan pergerakan yang boleh meletakkan tekanan melampau pada bahagian lutut, okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenapa Makin Berusia Makin Sakit Tapak Kaki?

Badan Nak Guna Lama, Ikuti Tip Ini Untuk Jaga Tulang Belakang

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: physiogo

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna