Bahaya Gelombang Haba, Ini Plan Untuk Aktiviti Cuti Sekolah Anak Anda

Cuti sekolah merupakan perkara menggembirakan buat anak-anak, namun masa inilah ibu bapa pening kerana terpaksa memikirkan apakah perancangan terbaik yang boleh diisi bagi memenuhi masa terluang anak-anak.

Tambah pening apabila ketika ini status gelombang haba di Semenanjung Malaysia berada di tahap berjaga-jaga dan dalam tempoh tersebut, segala aktiviti luar perlu dielakkan kerana berisiko untuk mendapat strok haba.

 

Aktiviti Indoor Paling Best

Bila cakap tentang aktiviti indoor, jangan hanya terikat dengan aktiviti melukis dan mewarna atau biarkan anak bermain seorang diri di dalam rumah. Bayangkan, jika anak mempunyai cuti selama seminggu atau lebih, ia pasti membosankan.

Ibu bapa perlu kreatif agar anak dapat belajar di samping berseronok. Lakukan aktiviti bersama seperti memasak dan mengemas rumah. Namun pemantauan ibu bapa amat perlu agar anak tidak tercedera ketika berada di dapur. Pendedahan anak-anak ketika memasak dapat membantu mereka untuk lebih berdikari serta meningkatkan perkembangan neuro mereka.

Selain di rumah, ada banyak lokasi menarik yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti indoor sesuai untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang seperti, District 21, Jump Street,Pusat Sains Negara dan  Aquaria KLCC.

Siap sedia hadapi risiko ini jika masih degil

Menurut seorang pegawai perubatan, strok haba berlaku apabila seseorang mencapai paras suhu badan yang meningkat melebihi 40 darjah Celsius berbanding suhu badan normal iaitu kira-kira 37 darjah Celsius.

 “Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi ditambah pula dengan tabiat kurangnya minum air menjadi punca anda boleh menghidap strok haba.

“Jika lewat mendapatkan rawatan, boleh menyebabkan komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian.

“Kumpulan yang berisiko adalah kanak-kanak, warga emas yang berusia 65 tahun ke atas dan penghidap penyakit kronik di mana mereka perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih baik.

Tanda-tanda awal Strok haba

Tanda-tanda awal strok haba boleh dikesan dengan paras suhu badan yang tinggi melebihi 40 darjah Celsius selain simptom-simptom seperti loya dan muntah, sakit kepala, denyutan nadi menjadi pantas, kulit menjadi kering serta kemerahan dan kekejangan otot.

Individu juga boleh terkena sawan, pitam dan mengalami kekeliruan sebagai petanda awal mereka menghidap strok haba. Jika ini berlaku, rawatan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada tubuh badan mereka.

Ha, bahaya tau. Jadi, ibu bapa perlu lebih bijak dan berjaga-jaga dalam merancang cuti sekolah anak-anak okay! Good Luck!

 

Keyword Donna Give Away : Hot Air Balloon 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Utusan

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna