Bahagianya! Rabun Pulih Selepas 2 Jam Dengan Kaedah Lasik

Semakin hari semakin ramai yang mengalami masalah penglihatan dek kesan penggunaan gajet atau gaya hidup.”

Tahap penglihatan yang tidak baik memberi tekanan besar kepada sesetengah orang seperti sukar untuk memandu, sering di ‘cop’ sebagai sombong, temuduga ditolak dan banyak lagi perkara yang membebankan. Bagi individu yang rabun samada rabun jauh atau rabun dekat, hidup sentiasa dalam keadaan kelam dan samar-samar. Ke mana sahaja pergi, cermin mata atau kanta lekap adalah sahabat paling setia yang menemani diri ke mana sahaja.

Sumber Foto: profhariz.com

Kini, jika anda mempunyai sedikit kemampuan, masalah penglihatan yang membelenggu anda sepanjang hayat ini sudah ada jalan penyelesaian. Lasik mata sekarang menjadi pilihan ramai individu yang rabun untuk mendapat kembali penglihatan yang terang dan jelas. Paling menarik, proses lasik ini hanya mengambil masa sekitar dua jam sahaja untuk mengubah tahap penglihatan daripada teruk ke tahap yang memuaskan mengikut masalah mata individu.

Sumber Foto: buzzkini.com

Rawatan Lasik adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang membabitkan kornea seperti:

  • Rabun dekat (myopia)
  • Rabun jauh (hiperopia)
  • Astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan dekat dan jauh)

Sumber Foto: inomedik.com

Teknologi moden ini berkesan dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada memakai cermin mata dan kanta mata lekap. Prosedur rawatan adalah cukup pantas dan diyakini selamat. Malah ia tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik. Ia dikategorikan sebagai prosedur pesakit luar kerana pembedahan ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit saja. Dengan menggunakan kaedah lasik ini bukan hanya mengurangkan komplikasi serius, tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah penglihatan anda.

Sumber Foto: carolinavisioncenter.com

  • Pemulihan tahap penglihatan berlaku hampir serta-merta selepas pembedahan selesai sementara pemulihan penuh lapisan flap kornea memerlukan antara satu hingga tiga bulan.
  • Kebanyakan pemulihan tahap penglihatan pesakit akan berlaku dalam beberapa hari pertama selepas prosedur Lasik dijalankan.
  • Selepas proses Lasik, anda dinasihatkan untuk tidak menjalankan aktiviti air seketika seperti berenang atau menggosok mata beberapa minggu.
  • Penglihatan sesetengah daripada anda mungkin kabur sedikit dalam beberapa hari pertama, ia dianggap normal dan akan pulih.

Namun begitu, masih ramai lagi takut untuk menjalani pembedahan Lasik berikutan stigma ke atas penggunaan pisau walaupun pada hakikatnya prosedur ini tidak menyakitkan.

 

Sumber: FB Prof Dr Muhaya inomedik.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna