Bagi Yang ‘Hantu Durian’, Ini Lokasi Terbaik Wajib Anda Pergi!

Durian season is back! 

Bau yang mengancam, isi kuning yang memikat haih tak lain tak bukan buah durian lah, memang rugi habis siapa yang tak boleh makan tu hiks! Bagi pencinta durian ni mesti anda tercari-cari di mana port terbaik untuk dapatkan durian yang sedap dan murah kan? Maklumlah kalau nak makan durian kadang-kadang kena tengok bajet cukup ke tak sebab durian ni kalau makan sebiji memang tak cukup, nanti ada pula yang ketagih.

Hujung minggu ni kalau dapat open table dengan family makan durian sama-sama memang layan habis kan!  Jom Donna kongsikan lokasi yang anda wajib pergi, mesti puas hati nak-nak dapat pula isi kuning yang ‘fresh’ tu.

Setapak, Kuala Lumpur 

Image result for setapak durian stall

Sumber:

Kalau malas nak drive jalan kaki pun boleh. Haa ini bagi sesiapa yang duduk sekitar Wangsa Maju, boleh la singgah di gerai durian yang terletak di Jalan Metro Wangsa, Setapak Kuala Lumpur. Apa yang lagi best mereka akan menyediakan meja dan kerusi untuk anda makan di sana seperti ala-ala buffet gitu!

Tak payah susah-susah nak bawa balik, lagi senang kalau durian tu busuk ke boleh tukar je terus dengan penjual di sana.

Paya Jaras 

Image result for durian paya jaras

Sumber: twitter

Eat all you can ! Buat yang ‘hantu durian’ dalam banyak-banyak port mesti ada yang menjadi pilihan kegemaran anda kan. Haa gerai di Paya Jaras, Sungai Buloh ni memang famous di kalangan penggemar durian. Kalau angkut 10 biji pun takda hal, sebab harganya memang berpatutan.

Medan Imbi, Kuala Lumpur 

Image result for durian medan imbi

Sumber: twitter

Dalam banyak-banyak gerai, mesti anda belum pernah lagi ke sini kan untuk rasa kesedapan durian mereka. Haa gerai ini terletak di jalan Medan Imbi, Kuala Lumpur ianya betul-betul di tepi jalan. Nampak pula durian gantung-gantung tu memang ‘gila’ dibuatnya buat para penggemar durian.

Donna tahu penggemar durian ni mesti ada jenis durian yang tertentu anda suka, betul tak? Jangan risau kerana mereka menjual durian yang tidak begitu pahit, memang sesuai lah dengan tekak orang melayu.

Dengar cerita baru-baru ini Festival Durian Antarabangsa telah diadakan di Raub, Pahang. Memang meriah betul, mana taknya dalam masa tiga hari hampir 15 tan pelbagai jenis durian telah dijual. Umpph kemain lagi ye, apa-apa pun nak makan tu boleh tapi dalam masa yang sama harus lah berpada-pada, jangan sampai demam pula!

Nak tahu apa yang menarik tentang durian ni, jom klik di sini Eh Betul Ke Makan Durian Boleh Tingkatkan Kesuburan?

 

 

 

 

 

Sumber: ohkiji & hmetro

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna